Tuesday, June 7, 2016

Mahathir Pening Nak Sokong Calon PAS Atau PAN

 
Baru-baru ini Tun Mahathir berkata akan memberikan sokongan kepada calon pembangkang untuk memastikan calon BN kalah di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Namun persoalan yang timbul untuk Mahathir ialah pembangkang yang mana harus dipilih?

Kalau ikut kenyataan awal Mahathir dia akan memberikan sokongan kepada calon PAN, malah dia turut berulang kali meminta agar pembangkang hanya meletakkan satu calon sahaja.



Namun permintaan Mahathir langsung tidak di layan oleh pimpinan PAS atau PAN, masing-masing tetap berkeras untuk meletakkan calon.

Itu jelas membuktikan meraka tidak pernah meletakkan Mahathir sebagai 'ketua' seperti yang didakwa oleh penyokongnya.

Ternyata mereka hanya ingin mengunakan Mahathir sebagai batu loncatan untuk mengalahkan Barisan Nasional.

Atas sebab itu juga, Mahathir dikatakan sangat kecewa kerana yakin pertandingan 3 penjuru ini bakal memberi keuntungan kepada calon Barisan Nasional atas faktor pecah undi.

Mahathir sedar sekiranya beliau menyokong calon PAS kedudukan dan sokongan pimpinan Pakatan Harapan akan beralih arah.

Dan sekiranya sokongan diberikan kepada calon PAN dan calon parti itu kalah beliau akan dipersalahkan.

Kesimpulannya 'game plan' Mahathir untuk menghancurkan Najib akan berdepan dengan kegagalan buat sekian kalinya.

Dan yang paling penting ia bakal menyebabkan populariti Mahathir semakin menurun dan buktikan kehadirannya bersama blok pembangkang telah menyebabkan Umno / BN kembali kuat.

No comments:

Post a Comment