Friday, June 24, 2016

Dituduh Tidur Dengan Bini Orang, Muhyiddin Dah Saman Ke Belum?


Satu Malaysia tahu saman pada orang macam Muhyiddin adalah begitu mudah, merentas sempadan dan benua, mudah sangat nak saman ni.  Itu yang ditunjukkannya dalam usaha nak jatuh Najib Razak, kena fitnah mesti saman baru tak salah, kalau tak saman maksudnya salah.

Tapi bila dia sendiri kena tuduh beraffair dengan bini orang, tak pulak saman kepada yang buat tuduhan (dalam blog dan dalam SD), report polis pun takde, apa cerita?  Satu Malaya dah berkata ni, reportnya tak juga, saman apa lagi.

Kalau susah nak saman Raja Petra yang duduk di UK, saman orang buat SD yang duduk disini, susah apa?  SD tu, bukan kertas bungkus kacang.

Isnin lepas bertebaran di Whatsapp, konon ada gerakan nak buat laporan polis di seluruh negara ke atas 'fitnah' yang dilempar kepada Muhyiddin dengan Muhyiddin sendiri akan buat report di sebuah balai polis di Putrajaya.

Dah nak masuk Isnin satu lagi dah ni, tak jugak ada reportnya, dia sendiri pun tak buat report, jangan kata satu negaralah.

Itulah kita dah kata, mengatakan orang memang mudah, bila kena hidung sendiri baru tahu macam mana susah.  Bukan semua benda boleh selesai dengan saman apatah lagi melibatkan pihak luar.  Kalau senang orang buat dah.

Haram Muhyiddin ambik iktibar dari perkara ini dan jangan cakap tak pakai otak lagi.

No comments:

Post a Comment