Tuesday, June 14, 2016

Penyokong Mahathir Meloncat Seperti Anjing Gila Kerana Sindiran Najib



Para penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad 'meloncat seperti anjing gila' apabila Datuk Seri Najib Tun Razak berkata zaman keemasan Proton Holdings Bhd (Proton) akan dikembalikan selepas campur tangan politik bekas perdana menteri itu berakhir.

Najib ketika melancar model terbaharu Proton Perdana generasi ke-4 Proton turut menyifatkan ketiadaan Mahathir di dalam Proton sebagai satu lembaran baharu dalam sejarah syarikat itu.


Najib turut menegaskan sewaktu Dr Mahathir memegang jawatan Pengerusi syarikat kereta nasional itu.terlalu banyak campur tangan politik termasuk dalam urusan kakitangan dan model perniagaan.

Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Proton pada 30 Mac lalu, selepas menyandangnya sejak 2014.

Para penyokong Tun Mahathir menyifatkan kenyataan Najib itu sebagai kurang ajar kerana  tidak menghormati bekas perdana menteri itu sebagai seorang negarawan.

Persoalannya mengapa kenyataan Najib itu dikatakan sebagai kurang ajar???

Namun di masa yang sama ketika Tun Mahathir melemparkan pelbagai serangan terhadap Najib dan UMNO dianggap sebagai betul?

Paling memeranjatkan apabila mereka turut bersetuju dengan tindakan Tun Mahathir yang sanggup bersekongkol dengan Lim Kit Siang, sedang pemimpin DAP itu dahulu dilihat sebagai rasis dan anti Islam?

Malah mereka turut bersetuju dengan tindakan Tun Mahathir yang secara jelas mengakui mahu memastikan Umno dan Barisan Nasional kalah dalam pilihanraya umum dan PRK yang akan diadakan.

Bukankah tindakan Tun Mahathir itu lebih biadap dan kurang ajar kerana dia secara jelas telah mengkhianati parti yang selama ini menyokong dia untuk kekal berkuasa selama 22 tahun.

Fikir-fikir!!!
pelancaran generasi keempat Proton Perdana

Selanjutnya di : http://www.bhplus.com.my/node/164289
pada pelancaran generasi keempat Proton Perdana

Selanjutnya di : http://www.bhplus.com.my/node/164289
pada pelancaran generasi keempat Proton Perdana

Selanjutnya di : http://www.bhplus.com.my/node/164289

No comments:

Post a Comment