Wednesday, June 15, 2016

Mahathir Bakal Terima Dedak Dari Azmin Ali



Umum mengetahui 'dedak' adalah antara perkataan yang begitu dekat di hati Mahathir, malah mereka yang tidak menyokong beliau dan enggan menandatanggi Deklrasi Untuk menjatuhkan Najib turut dianggap sebagai penerima dedak.

Ironinya tanpa kita sedari, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu sebenarnya adalah pemberi dan pemakan dedak yang paling besar di negara ini.



Serangan Mahathir keatas Najib bermula apabila semua projek dedak yang diberikan kepada kroninya disekat oleh Najib.

Tidak cukup dengan itu, Najib juga menolak permintaan Mahathir untuk memberikan projek-projek kerajaan yang bernilai puluhan jutaan kepada kroninya.

Antaranya IPP, jambatan bengkok, lapangan terbang antarabangsa Kulim dan banyak lagi dan itu amat mengecewakan Mahathir yang selama ini bergantung hidup diatas dedak-dedak tersebut.

Atas sebab itu beberapa siri serangan mula dilancarkan agar Najib akur dan tunduk dengan seua permintaannya.

Namun apabila Najib tetap berkeras, Mahathir akhir terpaksa menyembah kaki pimpinan pakatan pembangkang bagi menyambung nyawa.

Terbaharu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dikatakan telah bersetuju untuk melantik Mahathir dan kuncu-kuncunya mengisi jawatan di dalam kerajaan negeri.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao melalui satu kenyataan berkata ada desas-desus bahawa kesemua dari mereka bakal dilantik ke satu jawatan yang agak besar dalam syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Selangor.

"Azmin Ali (MB Selangor) bakal lantik Khairuddin Abu Hassan sebagai CEO PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor), Mahathir sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dan Mat Taib sebgai CEO DEIG (Darul Ehsan Investment Group)," menurut Ramesh dalam satu kenyataan media hari ini.

 Ramesh turut mendakwa 'dedak' tersebut merupakan hadiah atas pengorbanan Mahathir menghentam Najib dan di masa yang sama bertujuan untuk memudahkannya untuk meluaskan kuasa di dalam PKR bagi membuang dinasti Anwar Ibrahim.
 
Siapa yang tidak tahu hubungan yang rapat antara Azmin dan Mahathir pada satu masa dahulu. 

Dengan kedudukan Mahathir jila dilantik ke jawatan berkaitan, ia pasti akan menjadi lebih mudah untuknya memperkuatkan tapak sebagai Menteri Besar Selangor sekaligus menyingkirkan Wan Azizah.

No comments:

Post a Comment