Thursday, June 2, 2016

Dakwan Deklarasi Tipu, Kelibat Mahathir 'Paling Dinanti' Di Sg Besar



Sejak dibocorkan bahawa sebahagian dari 1.2 juta tandatangan yang konon menyokong Deklarasi Rakyat itu didakwa adalah satu penipuan  dan palsu, senyap langsung kumpulan Anti Najib ini.

Walaupun cuba dibayangkan bahawa budak pengaturcara komputer yang mendedahkan itu menipu, tapi selain dari kenyataan Ratu Naga, penggerak Deklarasi Rakyat yang lain, membisu seribu bahasa.

Betul ke, tipu ke, kita tidak tahu.  Maksud cakap ni, kawan tu dedah ikut undang-undang, ada pengakuan bersumpah dan sebagainya, kita harap yang cuba nafi inipun, nafi ikut undang-undang jugaklah.

Paling tidak laporan polis dan saman sebab tuduhan ini berat.  Sejak 2010, negara ini ada Akta Perlindungan Data Peribadi, mana boleh dedah nama dan kad pengenalan orang sesuka hati, mesti dengan pengetahuan pemilik.

Kita tahu Mahathir ada di luar negara, tapi balacinya yang lain masih disini, paling tidak berbunyilah sepatah tentang dakwaan penipuan ni.

Nanti kalau tunjuk muka di Sg Besar dan Kuala Kangsar, tidaklah nampak janggal sangat.

No comments:

Post a Comment