Tuesday, June 14, 2016

Anwar Hantar Surat Ke-2 Dari Penjara, Gesa PKR Henti Sokong Mahathir



Beberapa portal hari ini mendedahkan mengenai surat kedua Anwar Ibrahim yang dihantar kepada beberapa pemimpin kanan parti itu.

Antara yang menerima surat kedua itu ialah Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin kerana dilihat sering menghadiri beberapa pertemuan dan majlis yang dihadiri oleh Tun Mahathir.



Di dalam surat kedua itu, Anwar antara lainnya menggesa agar PKR segera menghentikan kerjasama dengan Tun Mahathir yang dikatakan hanya mahu memperjuangkan agenda peribadinya.

Anwar yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh itu turut menasihati Iskandar supaya lebih berhati-hati dan berwaspada ketika berurusan dengan bekas perdana menteri berkenaan.

Selain anggota parlimen Bukit Katil itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali turut dikatakan menerima surat peribadi Anwar tersebut.

Namun ketika ditanya pemberita, Azmin hanya mampu menafikan mengenai dakwaan tersebut sambil mendakwa belum melihat surat yang dikatakan itu.

Walaupun sumber rapat Azmin mengakui Menteri Besar Selangor itu turut diberi amaran oleh Anwar agar berhenti mengunakan khidmat Mahathir.

No comments:

Post a Comment