Wednesday, June 8, 2016

Pengundi Cina Sekinchan Tolak Mahathir, Itu Yang Tak Datang Lagi Tu


Masa proses penamaan calon tempoh hari, bukan main bersemangat balacinya Mahathir kata yang si tua itu akan datang berkempen di Sg Besar dan Kuala Kangsar.  Mahathir katanya dengan macam mana cara tidak akan benarkan BN menang sebab itu dia akan datang walaupun tak sihat.

Semangat bunyinya kan.  Tak tahulah balaci tu yang cakap ke atau memang Mahathir yang cakap macam itu.

Tapi sudah beberapa hari sejak kenyataan itu dibuat, bayang Mahathir pun tak nampak lagi ni, tak tahu dia buat apa.  Ada suratkhabar cina kata Mahathir akan datang semalam, tapi jenuh menunggu, tak ada jugak.  Nak kata dia ke luar negara, tak pulak dengar khabar berita.

Mungkin tak sihat, tapi dah kata hari itu, walaupun sakit, dia akan tetap datang berkempen untuk PAN di Sg Besar.

Apa pun, sekadar nak bagitahu bahawa berdasarkan kajian yang dijalankan pembangkang sendiri, pengundi cina di Sekinchan menolak Mahathir - kot la Mahathir nak menjadikan kubu DAP ini sebagai lokasi pertama dia berkempen untuk PAN di Sg Besar.


Tak hairan (kenapa Mahathir ditolak) sebab dah banyak yang buruk dicakapkan pemimpin DAP tentang Mahathir dulu, alih sekarang tetiba nak buat baik dan jadikan sekutu?  Siapa bodoh saja yang percaya mudah macam itu saja pandangan mereka terhadap Mahathir boleh berubah.

Silap-silap Mahathir dihalang dari masuk Sg Besar, itu yang dah dekat seminggu kempen, dia masih tak muncul muncul.

No comments:

Post a Comment