Tuesday, November 17, 2015

Perasaan Mahathir Bila Muhyiddin Sokong Bajet 2016?


Orang kanan Mahathir dalam gerakan nak menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin semalam, hadir sekejap semata-mata untuk menyokong Bajet 2016 sebelum meninggalkan Parlimen.

Kemana dia selepas tu tak penting, tapi yang penting, dia hadir semata-mata nak mengundi menyokong Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 23 Oktober lepas.

Dengan kegagalan Bajet 2016 ini diluluskan boleh disama erti dengan undi tidak percaya ke atas Najib, maka sokongan Muhyiddin ini besarlah kiranya walaupun nampak sangat tidak ada keikhlasan disitu.

Ikhlas ke tidak bukan isunya sekarang, isunya sekarang ialah apa perasaan Mahathir bila orang kepercayaannya sendiri mengkhianati kepercayaan tersebut dengan menyokong Bajet 2016 seterusnya menyokong Najib kekal jadi Perdana Menteri.

Mahathir kita tahu pelobi utama dalam nak melihat Bajet ini gagal.  Dia dan orang-orangnya berusaha nak mendapatkan sokongan ahli-ahli parlimen BN untuk tidak menyokong Bajet tersebut.  Tapi sebaliknya, jangan kata ahli parlimen BN (termasuk Muhyidin), ahli parlimen pembangkang pun  ada sokong.


Iaitu Khalid Ibrahim yang kin menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Justeru, bolehlah dikatakan disini hasrat Mahathir nak lihat Najib jatuh, ibarat mimpi yang tak akan jadi kenyataan.  Setakat berangan bolehlah, jadi kenyataannya jauh lagi.

No comments:

Post a Comment