Monday, November 16, 2015

Mahathir Dalang Parti Baru Di Sarawak?


Menurut khabarnya sebuah parti baru ditubuhkan di Sarawak.  Penubuhannya begitu mengejutkan kerana selain muncul secara tiba-tiba, tiada bekas pemimpin dari parti politik sedia ada yang menyertai parti tersebut, semuanya muka baru.

Sebelum ini, sebuah parti baru bernama TERAS yang dianggotai beberapa Ahli Parlimen dan ADUN BN telah ditubuhkan, tak pasti sama ada parti ini didaftarkan atau tidak.

Lebih menarik lagi, parti yang berasas kaum dayak itu dikatakan diuruskan penubuhannya oleh pengikut setia Mahathir, Shafie Afdal.  Shafie adalah pemimpin UMNO yang berasal dari Sabah, tak pasti dengan apa cara dia boleh terlibat dengan parti dayak ini.

Tak hairanlah kenapa parti baru ini begitu rahsia sekali penubuhannya, RoS pun tak berbunyi apa, tahu-tahu sudah berdaftar saja.  Siapa Presiden dan jawatankuasa yang lain pun kita tidak tahu, cuma yang dimaklumkan, parti ini ditubuhkan oleh 2 individu bergelar Tun dan Datuk Seri.

Agaknya dari situlah  datang idea untuk mengaitkan Mahathir dan Shafie Afdal dengan parti baru ini.

Berita ini kalau benar, menunjukkan betapa terdesaknya Mahathir nak melihat Datuk Seri Najib Tun Razak turun.  

Tak dapat (atau lambat) nak menunggu PRU14 (silap-silap nyawa pun dah tak ada), Mahathir menjadikan pilihanraya negeri Sarawak yang tidak berapa lama lagi ini sebagai gelanggang untuk mengatakan Najib sudah hilang sokongan.

No comments:

Post a Comment