PENGAKUAN Tawfik Ismail, anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail akan cadangan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad nak mewujudkan Council of Elders (Majlis Orang Tua) untuk menasihat (atau menentukan?) bakal Perdana Menteri selepas Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah sama seperti cubaan untuk membawa Malaysia ini balik ke zaman hutan dan rimba.
Setahu penulis, konsep macam ini masih wujud dan diamalkan oleh puak-puak asli Amazon sana dan sekarang Mahathir nak laksanakannya di Malaysia? Dah jadi apa konsep demokrasi yang kita amalkan?
Menariknya, sementara bakal Perdana Menteri kena lalui segala macam proses di peringkat parti dan nasional, orang yang nak duduk Council of Elders ini pulak hanya dipilih "secara tangan" - handpicked oleh siapa, Mahathir sendiri kot?
Apa pun, bukan melalui undi dan pemilihan.
Penulis tidak ada sebab untuk tidak percaya cakap Tawfik ni sebab sejak tuduhan itu tersebar, belum ada dengar lagi kata Mahathir nak saman dia kalau apa dia cakap tu tak betul. Kamus Mahathir dengan Anwar sama dah sekarang, kalau saman tak salah, tak saman maksudnya salah.
Apa pun, berdasarkan apa yang Tawfik cakap itu, jelaslah ini cubaan untuk mewujudkan seorang Perdana Menteri boneka. Kalau ada majlis apa segala untuk menasihat Perdana Menteri dan kalau tak dengar nasihat itu, dia akan digugurkan, itu bonekalah, apa lagi.
Tapi penulis susah juga nak percaya, takkanlah Mahathir sejahanam itu sekali nak bawa negara ini mundur ke belakang - ke dalam hutan. Harap Mahathir boleh pecah tradisi dengan saman Tawfik, baru boleh bukti dia tak bersalah.
No comments:
Post a Comment