Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menegaskan penggunaan vape atau rokok elektronik sama sahaja bahayanya dengan rokok biasa.
Walaupun kenyataan tersebut dilihat sebagai kenyataan biasa, namun di kalangan pemerhati politik ia disifatkan sebagai 'pendekatan selamat' dalam mencari populariti dan sokongan rakyat.
Ini kerana Mahathir sedar penghisap vape dan rokok, masih merupakan golongan minoriti berbanding masyarakat yang tidak merokok dan mereka yang mengamalkan cara hidup sihat.
Mahathir sedar, dia tidak boleh lagi bergantung dengan populariti semata-mata sekiranya ingin menang dalam 'perang' untuk menyingkirkan Najib.
Kesilapan yang dilakukan ketika menghadiri Bersih tidak lagi boleh berulang, kerana Mahathir tahu walaupun popular namun sekiranya tidak mendapati sokongan mojoriti ia tidak akan membawa apa-apa kesan.
Lihat sahaja sambutan yang diterima ketika tayangan filem Kapsul.
Walaupun menerima sokongan yang tinggi berdasarkan bilangan 'Like' dan 'Komen' namun filem tersebut masih gagal meraih keuntungan yang diharapkan.
Malah bekas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim turut merengkok dalam penjara walaupun dari segi populariti ia mengatasi Najib.
Tambahan pula, Mahathir perlu menjaga imejnya sebagai doktor perubatan, kerana adalah sangat janggal sekiranya dia menyokong pengguna Vape.
Kesimpulannya kenyataan Mahathir itu bukanlah untuk kebaikan rakyat seperti yang diwar-warkan, namun hanya bertujuan untuk meraih populariti agar gerakannya untuk mengulingkan Najib berjalan lancar.
No comments:
Post a Comment