Muhyiddin sering kali mendakwa ada cubaan untuk menutup mulutnya dari bercakap tentang 1MDB yang dikatakan sebagai punca utama kenapa Datuk Seri Najib Tun Razak melucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri Julai lepas.
Setahu kita, mulut Muhyiddin tidak pernah ditutup. Kalau dia menjadikan alasan tidak mendapat liputan media arus perdana yang pro kerajaan, media arus perdana yang tidak pro kerajaan seperti Sinar Harian, Astro Awani dan sebagainya, bila-bila masa sanggup memberikan slot eksklusif kepada Muhyiddin, sesuai dengan fungsi mereka sebagai batu api.
Rakyat nak tahu sekarang, apa komen Muhyiddin tentang penjualan Edra yang mengurangkan hutang 1MDB sebanyak RM 18 billion (hampir) hasil bayaran tunai dan pengambilalihn hutang oleh syarikat China, GDN.
Isu jual kepada siapa atau mengapa, itu tidak penting kerana kita semua masih ingat (belum lagi nyanyuk), Muhyiddin dan ketuanya, Mahathir, bercakap tentang hutang RM 42 billion 1MDB yang kononnya bukan hutang tapi wang yang telah hilang.
Sekarang bila terbukti RM 42 billion itu memang hutang yang betul-betul wujud dengan penjualan Edra, kenapa Muhyiddin tak bercakap? Siapa tutup mulut dia?
Hanya Mahathir saja yang bercakap tentang isu tersebut, itupun merapu macam orang bodoh. Terang-terang penjualan itu mengurangkan hutang, dia cakap tak kurangkan hutang walaupun sedikit.
Bodoh punya Mahathir, Muhyiddin nak jadi bodoh samakah?
Mahadey dengan muhyiddin ni jangan cakap membabi buta oleh kerana kamu tu pernah jadi pemimpin.Tapi pemimpin yang bagaimana.?bila dah pencen,bila dah kena buang baru nak cakap ini cakap itu....nanti Allah tutup mulut kamu berdua terus baru nak sedar.masa tu dah terlambat
ReplyDelete