Tuesday, November 24, 2015

Mahathir, Berhentilah Peralat Ketua Cawangan


Untuk makluman semua, gerakan menghasut dengan memberi wang kepada ketua-ketua cawangan UMNO di seluruh negara bagi mendesak perletakan jawatan Datuk Seri Najib ini, dalangnya adalah Mahathir dan culai-culainya.

Manusia macam Sufi Yusof.

Tak payah nak gebanglah sebab kita tahu ini semua kerja Mahathir.  Masa mesyuarat UMNO tempoh hari, berapa sangat cawangan yang  minta Najib letak jawatan, tak sampai sepuluh tapi sekarang kita diberitahu, 200 cawangan nak Najib letak jawatan.

Mereka ni semua buat keputusan atas dasar apa?  Kalau hasil dari mesyuarat yang kononnya akar umbi mahu Najib letak jawatan, kenapa masa mesyuarat hari tu takde resolusi pun didaftar ke bahagian-bahagian?

Jadi nampak banyak yang tak betullah.  Berpolitik ni perlu ikut majoriti, bukan ikut cakap seorang dua ahli, taraf ketua cawangan pulak tu, kalau bahagian tu lainlah cerita.

Kalau angka tu betul sekali pun, masih tak berapa percent berbanding lebih 21, 000 cawangan yang UMNO ada diseluruh negara.

Belum lagi kita siasat betul atau tidak semua yang datang itu ketua cawangan, atau seperti yang berlaku di Port Dickson beberapa minggu lalu, claim 15 cawangan, sekali tak sampai 5 pun rupanya yang betul-betul datang.

1 comment:

  1. cuba check betul ke 200 ketua cawangan tu memang ketua cawangan yang sah dan memiliki nombor keahlian umno.. jangan jadi propa haprak macam tahun 1987, perwakilan yang tak layak mengundi pun boleh join mengundi sokongan team Wawasan yang diketuai Mahathir. dari jawatan presiden sampailah majlis tertinggi mereka temberang. hasilnya, mahkamah isytiharkan memang betul ada bahagian yang tak berdaftar tetapi mengundi menyokong team Wawasan.. maka UMNO Lama diharamkan.. dengan muka tak malunya, Mahathir dan geng dia menubuhkan UMNO Baru.. mempergunakan lambang UMNO lama, bendera UMNO lama, lagu UMNO lama, malah harta-harta dan aset-aset UMNO lama macamlah UMNO Baru punya. bila berlaku pemindahan aset dari UMNO Lama kepada UMNO Baru, timbul masalah banyak sangat yang diletakkan di bawah akaun peribadi ahli UMNO malah ada yang diletakkan amanahnya kepada orang luar UMNO. sudahnya, ahli keluarga pemegang akaun peribadi UMNO berebut-rebut claim itu harta keluarga mereka padahal itu hasil mahsul derma orang-orang dulu yang terpengaruh dengan apa retorik UMNO yang dilaung-laungkan. ahli UMNO Lama dipergunakan untuk menyertai UMNO Baru, dan untuk melayan perasaan mereka semangat Ketuanan Melayu dimainkan begitu hebat tak kiralah orang Melayu tu Jawi Peranakan ke, hitam legam macam Abdul Azeez ke, pan-Asian ke, hatta kacukan apa sekalipun asalkan beragama Islam dianggap sebahagian daripada komuniti majoriti yang tinggal di bumi Malaysia. gembiralah golongan elit UMNO dengan penerimaan massa daripada rakyat Malaysia.. malang seribu kali malang, rakyat telah buka mata rupanya UMNO yang mengagungkan orang Melayu rupanya fikir perut golongan elit saja, dasar penswastaan pun dah terbukti gagal dan kerajaan perlu masuk campur bailout pulak bilion-bilion bala yang dibawa dari kroni-kroni Mahathir.. bila fikirkan PAS lagilah tak boleh diharap, ada ke patut di surau-surau, masjid-masjid.. dalam kuliah selepas solat hatta khutbah solat jumaat mengajak orang untuk bermusuh / membenci / mencela dengan orang yang tak sealiran dengan mereka. mereka menggunakan hujah yang dangkal iaitu mencegah kemungkaran menggunakan hati ialah selemah-lemah iman, maka dihalalkan untuk memaki-hamun orang yang tak pakai tudung, orang yang pakai tak tutup aurat, orang yang tak ikut apa yang diorang nak dan fikir.. ini pra-keganasan tau.. bila ada tindak balas dari orang yang dimaki ni, bayangkan apa akan jadi.. tak percaya tengok apa jadi di palestin, orang islam di sana berdegil nak lawan dengan orang yahudi, bagi mereka mati di bumi palestin lebih mulia tau daripada tempat lain di dunia. merekalah orang islam yang termulia berbanding berbilion manusia di dunia... the chosen one?

    ReplyDelete