Wednesday, November 11, 2015

Majlis Orang Tua: Mahathir Mengaku, Mahu Perdana Menteri Jadi Lembu Dicucuk Hidung


Akhirnya bekas perdana menteri, Tun Dr Mahahir Mohamad hari ini mengakui mencadangkan agar kerajaan mewujudkan sebuah majlis yang dianggotai orang yang lebih tua bagi 'membimbing' perdana menteri dalam menerajui kerajaan.

Dalam erti kata 'Majlis Orang Tua' yang diwujudkan itu akan memastikan tidak lagi bebas membuat sebarang keputusan berhubung hala tuju negara.



Ini kerana setiap tindakan perlu memdapat 'perkenan' dan restu dari 'Majlis Orang Tua' yang diwujudkan itu.

Persoalannya apakah benar 'Majlis Orang Tua' yang ingin diwujudkan itu bertujuan untuk 'membimbing' Perdana Menteri atau bertujuan untuk memastikan Mahathir kembali berkuasa.

Walaupun Mahathir sebelum ini berulang kali menegaskan dia tidak mempunyai sebarang niat menjadi Perdana Menteri, namun pendedahan kumpulan pesara kakitangan awam Melayu ternama yang dikenali sebagai G25 sebelum ini jelas membuktikan niat sebenar Mahathir disebalik penubuhan 'Majlis Orang Tua'.

Mahathir ketika diminta mengulas cadangan penubuhan 'Majlis Orang Tua' itu menjelaskan anggota majlis yang dilantik itu merupakan orang luar.

"Dalam sistem yang kita ada sekarang, perdana menteri memilih Kabinetnya sendiri, dan dia memilih orang yang akan menyokong beliau sepanjang masa dan sudah tentu itu bermaksud, apa saja yang dia lakukan akan diterima baik Kabinet.

"Sebaliknya, sebuah majlis luar yang dilantik orang lain itu tidak akan bersetuju dengan perdana menteri sepanjang masa" katanya kepada sebuah portal pro-pembangkang sebentar tadi.

Persoalannya siapakah yang akan melantik anggota 'Majlis Orang Tua' itu dan siapakah orang lain yang dimaksudkan oleh Mahathir itu?

Mereka yang mengenali Mahathir pasti mengetahui kecenderungan bekas perdana menteri itu dengan sistem proksi.

Sudah pasti 'Majlis Orang Tua' itu akan dilantik oleh Mahathir yang terdiri daripada kroni belaaan beliau.

Atau dalam bahasa kasar, Perdana Menteri yang dibimbing oleh 'Majlis Orang Tua' itu hanya merupakan boneka kerana akan lebih berperanan sebagai lembu yang dicucuk hidungnya untuk akur dengan kehendak dan peranan Mahathir.

Mereka yang arif dengan sejarah Dinasti Qing China pasti tahu dengan peranan yang dimainkan 'Maharani Di Balik Tirai'.

Walaupun Dinasti Qing pada ketika itu mempunyai Maharaja sebagai pemerintah empayar, namun pada hakikatnya dia dikawal oleh Maharani yang akan menentukan apa yang perlu dilakukan.

Renung-renungkan....



1 comment:

  1. admin.. dulu time dia nak bersara.. ada yang menyarankan agar Tun menjadi atau dijadikan Menteri kanan macam LKY.. tapi Tun tak mau.. dia kata nak berenti terus.. eh alih alih sekarang nak pulak.. tapi dikaburkan menjadi the council of elders.. apa da.. kan sama jer niat tu..

    ReplyDelete