Wednesday, November 11, 2015

Kenyataan Makan Diri, Tun Mahathir Terkena Pukulan KO


Pasti ramai yang sudah membaca kenyataaan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berhubung cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

Paling menarik apabila kenyataan Salleh itu seperti memberi satu pukulan maut terhadap Mahathir atau dalam bahasa mudah tumbukan KO.


Mahathir ketika memberikan Simposium Memerangi Rasuah Malaysia 2015 di Kuala Lumpur, hari ini berkata gaya hidup mewah seseorang merupakan bukti wujudnya salah guna kuasa dan rasuah.

Sekiranya kenyaatan seperti itu boleh dijadikan sebagai asas perundangan, maka Mahathir dan anak-anaknya adalah merupkan suspek utama dalam salah guna kuasa dan rasuah.

Di antara harta milik Mahathir ialah rumah-rumah mewah yang terdapat di berbagai tempat antaranya sebuah banglow besar yang terletak di atas bukit di The Mines.

Selain daripada itu Mahathir turut dilaporkan memiliki sebuah rumah di Subang yang dibina oleh Rin Kei Meng dan sebuah istana mewah di Langkawi yang dibina oleh Ting Phek Khing.

Itu belum dikira sebuah rumah mewah di Country Height dan Bukti Tinggi yang dibangunkan oleh Vincent Tan dengan harga RM21 juta.

Tapi bak kata Saddiq Sigaragar dalam filem Tiga Abdul itu baru harta-harta di dalam negeri, belum lagi di luar negara.

Mahathir dilaporkan memiliki sebuah mahligai di London yang dibeli atas nama Daim, sebuah istana di Vancouver yang dibeli atas nama Mirzan, sebuah banglow mewah di Florida dan sebuah sebuah ladang kuda (ranch) di Argentina.

Itu baru harta Mahathir, belum lagi dihitung kemewahan yang dimiliki oleh anak-anaknya Mirza dan Mokhzani yang merupakan antara individu paling kaya di Malaysia.

Persoalan dari manakah Mahathir mampu memperolehi kekayaan yang sebegitu banyak?

Sedangkan ketika menjawat jawatan Perdana Menteri gajinya pada ketika itu tidak sampai RM30,000 sebulan.

Sekiranya dia tidak membelanjakan wang gaji tersebut, Mahathir hanya mampu mengumpul RM360,000 setahun dan sekirnya didarabkan dengan angka 10 (anggaran bagi 10 tahun) jumlah hartanya hanya bernilai RM3.6 juta.

Dalam bahasa mudah dengan jumlah gaji tersebut, Mahathir masih tidak mampu mengunmpul harta kekayaan seperti yang dinyatakan tadi.

Kesimpulannya andainya kenyataan Mahathir tadi dijadikan sebagai sandaran ia jelas membuktikan Mahathir, anak-anaknya dan para kroninya adalah bapak segala rasuah dan salah guna kuasa di Malaysia.

Persoalannya beranikah Mahathir untuk menjawab semua dakwaan tersebut dan sekiranya gagal apakah wajar dia dipenjarakan?

2 comments:

  1. Biarlah....nanti penat mahadey ni nak jawab depan malaikat mungkar nakir...termasuk anak2 dia....kaya kat dunia tak ke mana ....Rasulullah SAW yang memang dijajnikan syurga pun tidur kat atas pelepah tamar.....kita boleh kaya asalkan dengan daya usaha kita sendiri tanpa menyalah gunakan kedudukan kita.

    ReplyDelete
  2. Rakyat x perlukan pemimpin seperti ini lagi.

    Rakyat mahu pemimpin yg x menindas dan menyusahkan rakyat untuk kepentingan kroni.

    Tol dan IPP yg menindas rakyat yg untung kroni.

    GST dapat pungut lebih, BR1M dinaikkan.

    Kalau tol dihapuskan harga barang boleh turun.

    ReplyDelete