Di dorong oleh rasa cemburu dan sakit hati, Mahathir semalam memperlekehkan kedatangan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama kenegara ini - buat kali kedua hanya dalam tempoh setahun.
Kita boleh faham perasaan ini kerana belum pernah dalam sejarah Presiden USA datang ke negara ini dua kali setahun, bahkan bukan itu saja, 2 pemimpin utama kuasa besar dunia yang lain, Presiden Rusia dan China turut hadir dalam masa yang sama.
22 tahun memerintah Malaysia, tak pernah perkara ini berlaku, 3 pemimpin utama dunia datang serentak ke negara kita.
Cakap pasal USA saja, seorang Naib Presiden USA yang datang pun, Al Gore, mengambil peluang berada disini untuk menyokong Anwar Ibrahim dan gerakan reformasi secara terbuka - seterusnya memalukan Mahathir di negaranya sendiri.
Sebab itulah demi taknak dilihat ketinggalan di belakang pemimpin dunia yang lain, Mahathir terpaksa membayar kepada pelobi Yahudi di Amerika Syarikat, Jack Abramoff sebanyak USD 1.2 juta pada tahun 2002 untuk bertemu George Bush.
Kena bayar hanya untuk berjumpa, bayangkanlah tu betapa terdesaknya. Najib? Tidak perlu membayar sesen pun, sebaliknya Obama yang datang sendiri ke negara ini untuk berjumpa dengan Najib.
No comments:
Post a Comment