Wednesday, November 11, 2015

Johari Ghani Cuba Sabotaj Najib?


Dilihat dari beberapa kenyataan dan tindakannya kebelakangan ini. kelihatan Timbalan Menteri Kewangan yang baru, Datuk Johari Abd Ghani ni macam nak mensabotaj Datuk Seri Najib Tun Razak dari dalam.

Tak berapa lama selepas dilantik jadi Timbalan Menteri Kewangan. Johari membuat kenyataan bahawa syarikat Telco diarah untuk tidak mengenakan caj GST sebanyak 6% ke atas kad pra bayar bermula 1 November yang lepas.

Walhal tarikh kuat kuasa perkara itu adalah pada Januari tahun depan seperti yang diumumkan oleh Najib dalam bajet 2016.  Dek kerana itu, kerajaan teruk dihentam dalam Facebook oleh penyokong pembangkang yang memang tunggu silap pemimpin BN macam Johari.

Baru-baru ini, Johari buat hal lagi bila dia masuk campur dalam hal pembinaan rumah mampu milik DBKL bila dia mempertikaikan kemampuan pemaju Era Ecoland sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai.
Konon macam nak membantu agensi kerajaan seperti UDA, padahal masa Johari jadi Pengerusi UDA dulu berapa banyak projek perumahan rakyat yang UDA buat?  Selagi harga ditawarkan pemaju itu dalam kemampuan rakyat untuk membeli, pedulilah siapa pun yang DBKL nak anugerahkan projek tersebut.

Adakah semua ini cubaan halus Johari untuk mensabotaj Perdana Menteri sebab nak desak Najib lantik dia jadi Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan ganti Tengku Adnan?  

Dakwaan itu macam betul sebab di alam siber juga Johari dikatakan menaja kumpulan Facebooker yang menentang Najib seperti KCD dan sebagainya.  Seorang pegawai khas Johari dikatakan adalah admin kepada KCD, betulkah?

Jadi Johari perlu jelaskan semua ini sebab setelah 'pembersihan' dilakukan dalam kabinet dan orang macam Johari dibawa masuk, tak mahulah dia menjadi parasit baru yang perlu dibersihkan juga diakhirnya nanti.

Dari terlibat dengan perkara tidak berfaedah macam ini, adalah lebih baik Johari menguatkan kedudukan BN di Titiwangsa. Betullah dia merampas kawasan tersebut dari PAS dulu tapi kerusi tu memang tradisinya milik BN, itupun Johari menang majoriti tipis sangat.




No comments:

Post a Comment