Friday, November 27, 2015

Muhyiddin Perlu Bersyukur Tidak Dibuang


Kalau ikut cakap-cakap orang politik, Muhyiddin Yassin menyimpan kuku, tunggu peluang sempana perhimpunan Agung UMNO yang akan datang sebelum nak dedah semua rasa tidak puas hatinya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seterusnya menjawab persoalan kenapa Muhyiddin jarang bersuara tentang isu 1MDB yang dikatakan jadi punca utama dia dipecat pada hujung Julai lepas - selain kegemaran Muhyiddin bercakap depan crowd  yang ramai untuk dapat kepuasan maksimum kutuk Perdana Menteri.

Dia dikatakan tunggu peluang bercakap atas kapasiti sebagai Timbalan Presiden membuka mesyuarat sayap-sayap dalam PAU 2015.  Rancangan ini rasanya dah dapat dihidu awal dan atas sebab itulah ketua-ketua sayap mahu mereka sendiri yang buka mesyuarat, bukan Muhyiddin.

Apa pun, cakap pasal 1MDB, tak pasti apa lagi tentang syarikat tersebut yang Muhyiddin tidak puas hati sebab nampaknya semua berjalan ikut perancangan.  

Penjualan Edra baru-baru ini mengurangkan hutang dan liabiliti 1MDB sebanyak RM 18 bllion lagi seterusnya menafikan dakwaan Muhyiddin dan Mahathir bahawa RM 42 billion telah hilang begitu saja.

Mungkin ada cerita lain tapi kalau ada sekalipun maksudnya 1MDB hanya alasan, yang sebenarnya memang Muhyiddin nak tengok Najib jatuh.

Bagaimanapun, Muhyiddin sepatutnya bersyukur kerana masih lagi Timbalan Presiden UMNO.  Kalau ikut segala kerosakan yang dia dah  buat, Muhyiddin sepatutnya dibuang bersama-sama dengan Hamidah Osman 3 hari lepas.

Setakat tak dibenar rasmi mesyuarat sayap ni kira kecik sangat.

1 comment:

  1. Itulah kalau asyik nak membantah dan mengadu domba je ketua....Allah pun benci pada hambanya yng tak nak ikut imam....iaitu ketualah

    ReplyDelete