Potensi untuk melihat Proton menjadi kereta jenama ASEAN seperti dicadangkan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) semalam membuktikan bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah mengenepikan Proton sekalipun syarikat itu dipengerusikan pengkritik tetap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Mahathir.
Bukan Maharaja Lawak saja ada pengkritik tetap (dipanggil juri), Perdana Menteri pun ada.
Cadangan ini melihat kepada status Proton sebagai jenama pertama kereta yang dikeluarkan oleh sebuah negara Asean (selain Perodua). Hampir semua negara Asean hari ini adalah juga negara pengeluar kereta tapi kereta jenama lain yang dipasang dalam negara berkenaan, bukan betul-betul jenama keluaran negara tersebut.
Kalau cadangan itu jadi kenyataan, kereta Proton akan dipasarkan secara lebih meluas di semua negara - negara Asean. Sekarang pun Proton sudah bertapak di semua negara Asean tapi dengan status sebagai kereta Asean, pasaran itu akan lebih meluas lagi.
Kita yakin Datuk Seri Najib adalah orangnya disebalik cadangan Jokowi itu kerana mereka datang dari generasi kepimpinan yang sama. Pengerusi Proton, Mahathir tidak mungkin mempunyai pengaruh ke atas Jokowi, tapi Najib.
Membuktikan Najib bukanlah seorang yang pendendam atau makan hati dengan kritikan Mahathir sebelum ini. Bukan setakat kritikan, Mahathir secara terbuka mengisytiharkan tidak menyokong Najib. Pun begitu, Najib tetap menghormati Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri dan menjaga dengan baik legasi kebanggaan Mahathir seperti Proton.
Proton sehingga kini adalah kenderaan rasmi semua agensi dan kementerian kerajaan - dasar yang dimulakan pada zaman Mahathir dan Najib masih meneruskannya sehingga sekarang.
Kalau nak diikutkan dari segi merit, Perodualah yang sepatutnya diberi penghormatan itu, melihat kepada prestasi syarikat tersebut yang jauh lebih baik berbanding Proton (dari segi jualan, kualiti dan prestasi), tapi Datuk Seri Najib Tun Razak tetap mencadangkan nama Proton kepada Jokowi.
Sikap ditunjukkan Najib ini mengharukan penulis sebagai penyokong kuat beliau. Mungkin kenyataan ini nampak keterlaluan, tapi tertib yang ditunjukkan Najib ini membuktikan beliau sudah lengkap sifatnya sebagai seorang manusia dan pemimpin yang baik, tidak berdendam apatah lagi menggunakan undang-undang kontroversi (yang sepatutnya digunakan kepada pengganas komunis) untuk menghukum pengkritiknya seperti dulu-dulu.
No comments:
Post a Comment