Thursday, February 5, 2015

Sejak Bila Syed Akhbar Jadi Blogger UMNO?


Difahamkan bahawa Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang nak mengambil tindakan undang-undang ke atas blogger Syed Akhbar Ali kerana satu tulisannya yang membabitkan orang tua itu dengan kejadian 13 Mei 1969.

Sejauh mana benar berita ini kita tak pasti sebab Syed Akhbar ni pengecut, baru ada ura-ura nak kena saman dah padam posting, tak pasti kenapa yang ini tidak dipadamkan.  Apapun bila dah disiarkan di Roketkini, kira betullah tu.

Bukan nak bersekongkol dengan DAP tapi dalam hal ini kiranya baguslah Kit Siang nak saman blogger tak makan saman ini, tapi apa halnya pulak nak babitkan dengan UMNO, apa Syed Nepal ini ada kaitan dengan UMNO ke?

Silap-silap UMNO pulak yang saman Kit Siang kerana cuba memburukkan imej parti itu apabila mengaitkannya dengan Syed Akhbar.

Ada banyak logik kenapa Syed Akhbar tak boleh dikaitkan dengan UMNO, tapi ambil paling asas sekali, Syed Akhbar bukan ahli UMNO dan tidak layak pun nak jadi ahli kerana tidak masuk kategori bumiputera.

UMNO memang ada blogger tapi kumpulan ini tak dikenali dan gila publisiti macam Syed Akhbar Ali.  Kenapa mereka tak dikenali, itu bukan isu.  Etika menulis di media sosial, tak sama dengan di alam nyata dan walaupun nama sebenar digunakan, belum tentu itu orang yang betul.

Kalau tidak, lebih baik mereka dikenali sebagai wartawan daripada blogger.

Begitupun, UMNO wajar mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Kit Siang kerana mengaitkan manusia tak berguna macam Syed Akhbar dengan parti itu.  Dia tidak membantu UMNO pun malah membusukkan UMNO lagi banyak.

Dan apa ke halnya pula bila dia nak disaman, nama UMNO dikaitkan?

No comments:

Post a Comment