Thursday, February 19, 2015

Pembangunan Rohaniah Tinggalan Nik Aziz, Bantuan Banjir Pun Nak Kena Seleweng?


Kenyataan bahawa hampir RM 38 juta bantuan banjir berjaya diselamatkan dari diseleweng pihak tidak bertanggungjawab di Kuala Krai sahaja membuktikan ada yang tidak kena dengan rakyat Kelantan.

Tak nampak perkara seumpama ni berlaku di negeri lain, hanya di Kelantan.  RM 38 juta bukan sikit.

Macam-macam cara digunakan.  Ada isteri dah daftar, datang suami daftar lagi.  Anak yang duduk di luar Kelantan pun dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didaftarkan untuk terima bantuan wang ehsan.

Apa yang tak kena?

Sudahlah ketika Nik Aziz meninggal, banyak perkara kurafat berlaku termasuk ada yang mahu membawa balik tanah kubornya entah nak buat apa, kini bantuan dari kerajaan persekutuan untuk bantu mangsa banjir pula nak diseleweng.

Mungkin sudah sampai masanya kerajaan persekutuan tidak lagi campur tangan dalam soal bantuan banjir di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dan hanya terlibat dalam operasi menyelamat ketika musibah menimpa dan sebagainya.

Serahkan tanggungjawab itu kepada kerajaan negeri masing-masing untuk menguruskannya.

Contoh terbaik tentulah di Kelantan, dari semasa musibah berlaku sehingga ke pasca banjir sekarang, semua bantuan disediakan oleh kerajaan persekutuan, dari makanan, wang ehsan, bantuan bina rumah dan sebagainya.  

Kerajaan negeri lepas tangan 100% dan lebih sibuk menguruskan kematian Nik Aziz dari bantu mangsa banjir.

Perkara ini bukan kita sebut tapi diakui sendiri oleh rakan sesama Pakatan, DAP atau lebih spesifik lagi Setiausaha Agungnya yang belum disahkan, Guan Eng ketika bercakap dalam satu majlis di Pulau Pinang.

Dah menang, patutnya dibiarkan mereka menguruskan sendiri negeri itu.  Bila kita bagi bantuan, dikatakan macam-macam malah ada yang kata kerajaan pusat tak bagi bantuan langsung.  

No comments:

Post a Comment