Tuesday, February 3, 2015

Personal Vandetta Kadir Jasin, Tun Daim ke atas Najib Razak Rosakkan UMNO (I)

Bekas Ketua Pengarang NSTP yang rapat dengan Tun Daim Zainuddin, sekali lagi muncul membelasah 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Seolah-olah antara Kadir Jasin dan Perdana Menteri sudah ada "personal vendeta" yang tidak mungkin diselesaikan.

Kadir terus menyerang 1MDB bukan kerana beliau sayangkan negara atau wang negara tetapi kerana dengan memusnahkan 1MDB, Kadir berpeluang menjatuhkan Perdana Menteri Mohd najib Tun Razak. Kadir menulis,


"BERITA terbaru mengatakan bilion-wan (billionaire) nombor dua terkaya di Malaysia, T. Ananda Krishnan atau lebih terkenal dengan singkatan AK bersedia memberi pinjaman RM2 bilion untuk atasi masalah hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Sesiapa saja yang kenal atau tahu modus operandi perniagaan AK akan bertanya: Apakah 1MDB yang ditubuhkan sebagai tabung berdaulat (sovereign fund) negara akhirnya menjadi hak milik AK?
Nampaknya apa yang dibuat oleh 1MDB semuanya tidak kena. Apabila dipinjam di dalam negara dikatakan 1MDB bakal meruntuhkan sistem perbankan negara.

Apabila berurusan di luar negara dipersoalkan jumlah komisyen yang diperolehi oleh agen antarabangsa. Apabila meminjam dari ahli perniagaan juga dipertikaikan.

Nampaknya hanya dengan menutup 1MDB sahaja boleh memuaskan hati Kadir jasin dan Daim Zainuddin.

Pertamanya, adalah satu pembohongan jika menyatakan 1MDB merupakan "sovereign fund" kerana 1MDB telah menjelaskan mereka bukan syarikat menguruskan kekayaan negara seperti Khazanah Nasional.

1MDB telah beberapa kali menjelaskan,
Q1. Adakah 1MDB dana kekayaan negara (sovereign fund)?

Dari semasa ke semasa, kami lihat orang ramai merujuk kepada 1MDB sebagai dana kekayaan negara. Walau bagaimanapun, hakikat sebenarnya ialah kami adalah sebuah syarikat pembangunan strategik.

Secara praktikalnya, ini bermakna 1MDB adalah sebuah syarikat yang dikendalikan dan dibiayai secara bebas, tetapi keputusan pelaburannya adalah didorong oleh kepentingan ekonomi negara.

Seperti syarikat dana kekayaan negara, kami adalah milik penuh kerajaan, tetapi terdapat satu perbezaan penting di antara keduanya: syarikat dana kekayaan negara dibiayai secara langsung oleh kerajaan dan melabur bagi pihaknya. 1MDB pula meraih dana dan melabur menggunakan modalnya sendiri, dan hanya pernah menerima sebanyak RM1 juta dalam bentuk ekuiti yang disediakan oleh Kementerian Kewangan pada masa penubuhannya.
Apakah tujuan Kadir memberi maklumat yang salah kepada pembaca beliau? Sukar untuk kita katakan maklumat ini tidak sampai kepada Kadir memandangkan ia telah beberapa kali dijelaskan kepada umum.

Mengenai Ananda Krishna kita tidak boleh berkata apa-apa kerana hanya Kadir, Daim, dan Anwar Ibrahim lebih mengenali hartawan terkemuka ini. Ini kerana pada zaman Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim menjadi menteri Kewanganlah Ananda Krishna mendapat pelbagai kekayaan termasuk perjanjian IPP yang berat sebelah, dan transaksi jalan lumba kuda sebelum diumumkan pembinaan Menara KLCC.

Daim dan Kadir tentu lebih mengenali AK. Jika beliau seorang penjahat dan penyangak kenapa beliau mendapat begitu banyak faedah pada zaman Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, Daim dan Anwar sebagai pencatur ekonomi dan Kadir Jasin sebagai Ketua Pengarang paling berpengaruh di Malaysia? Niat jahat Kadir Jasin bertambah apabila beliau menulis,
8. Mohd Najib adalah ketua eksekutif de facto 1MDB dalam kapasiti beliau sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat.
Bagaimana Pengerusi Lembaga Penasihat boleh dianggap sebagai Ketua Eksekutif de facto kepada 1MDB? Apakah terdapat dalam memorandum penubuhan 1MDB atau diumumkan kepada masyarakat mengenai kedudukan tersebut?

Dengan melabelkan Najib sebagai Ketua Eksekutif de facto dalam 1MDB ia menunjukkan sikap Kadir untuk memburukkan Najib dalam apa cara sekali pun.

Kadir bukan sahaja menyerang Najib malah menyerang Barisan Nasional dan UMNO, parti yang memberi beliau kekayaan dan kedudukan, apabila menulis,
15. 1MDB sekali lagi menarik minat orang ramai apabila ia dilaporkan berbelanja mewah menaja kempen Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 2013, khususnya di Pulau Pinang.
Apakah bukti yang Kadir ada atau sekadar satu lagi lontaran andaian dan persepsi. Katakanlah tuduhan ini benar, apakah wajar Kadir yang menyatakan berjuang untuk UMNO dan negara, mendedahkan atau memaparkan isu ini?

Bukankah ini satu pengkhianatan terhadap parti? Dendam telah membutakan kadir sehingga sanggup memburukkan parti sendiri yang berusaha untuk menang pilihan raya.

Sebenarnya, kadir tidak mendapat maklumat yang benar. Segala kerja-kerja kemasyarakatan dijalankan oleh Yayasan 1MDB bukannya oleh syarikat 1MDB.

Tapi Kadir peduli apa. Niat beliau hanya mahu melingkupkan Najib dan Barisan Nasional. Tindak-tanduk kadir juga sangat aneh apabila beliau lebih percaya Lim Guan Eng dari DAP yang sudah tentu mempunyai kepentingan politik menyerang 1MDB.
16. Enam hari sebelum pengundian PRU 2013 ia membeli 234 ekar tanah pegangan bebas dengan harga RM1.38 bilion di negeri itu. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dilaporkan berkata harga yang dibayar oleh 1MDB adalah 95% lebih tinggi daripada penilaian bagi tanah di sekitar kawasan itu pada tahun 2011. Tanah yang dibeli itu pula mempunyai ramai setinggan. Ini mencetuskan spekulasi yang Jho Lo, sebagai anak tauke Pulau Pinang, berperanan dalam urus niaga itu.
Jika Kadir mahu mencari kebenaran, sudah tentu beliau membaca jawapan 1MDB. Namun beliau tidak peduli kebenaran lagi.

Berikut jawapan 1MDB yang telah diulang siar berpuluh kali sejak tahun lalu.
Q18. Adakah 1MDB telah membayar terlalu tinggi untuk tanah yang dibeli di Pulau Pinang?

Tanah yang kami beli di Pulau Pinang terletak di tengah-tengah bandar Air Itam, sebuah kawasan yang mendapat permintaan tinggi di mana harga hartanah telah menampakkan kenaikan yang tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tambahan pula, saiz tanah tersebut memenuhi syarat-syarat kami dan membolehkan kami untuk membina hampir 10,000 rumah mampu milik, dengan baki tanah – yang bersaiz besar - digunakan untuk tujuan pembangunan lain yang kami jangkakan bakal menjana nilai yang signifikan.

Oleh itu, kami yakin dapat menambah nilai keseluruhan tanah ini, dan percaya bahawa harga yang kami bayar setimpal dengan situasi ini. Ini dicerminkan dalam harga yang dibayar pemaju-pemaju lain untuk membeli tanah di kawasan sekitar di mana pada harga RM200 sekaki persegi, adalah sangat tinggi berbanding apa yang kami bayar.

Sebagai contoh, pada tahun 2013, lebih kurang 9.8 hektar tanah di Air Itam telah dibeli pada harga RM267.4 juta, iaitu kira-kira RM251 sekaki persegi, untuk pembangunan kegunaan bercampur.
Satu lagi dakwaan Kadir yang sangat melucukan,
17. Satu lagi berita sensasi ialah beberapa hari sebelum hari mengundi PRU 2013, 1MDB membawa keluar wang sebanyak RM7.18 bilion untuk dilaburkan dalam bentuk Segregated Portfolio di pusat kewangan luar pantai Cayman Islands.
Apakah tujuan Kadir menyatakan 1MDB membawa keluar RM 7.18 bilion beberapa hari sebelum pengundian 2013 tanpa sebarang bukti dan fakta?

Pada hemat penulis, kenyataan ini bertujuan memberitahu rakyat secara tersirat bahawa Mohd Najib mempunyai niat jahat membawa lari wang sebagai jaminan kalau-kalau kalah dalam pilihan raya terbabit.

Sehingga Kadir boleh memberi bukti dakwaan beliau, tentulah dakwaan tersebut merupakan fitnah jahat.

Penjelasan 1MDB bahawa pembukaan akaun di Pulau Cayman pada 2013 ialah bagi menyimpan keuntungan hasil pelaburan di luar negara dengan syarikat Arab Saudi sejak 2009.

Justeru bagaimana boleh timbul dakwaan 1MDB membawa wang ke luar negara sebanyak RM 7.18 bilion beberapa hari sebelum pilihan raya?
Q7. Secara khususnya, adakah 1MDB mempunyai dana yang dilaburkan di Cayman Islands?

Pada 2009, 1MDB dan sebuah syarikat Arab Saudi telah menjalin usahasama untuk memudahkan kerjasama ekonomi jangka panjang di antara Malaysia dan Arab Saudi. Sebagai sebahagian daripada usahasama ini, kami membuat pelaburan ke dalam sebuah syarikat usahasama (joint fund) dengan syarikat tersebut, yang ditubuhkan untuk membuat pelaburan ke atas projek-projek yang akan menjana manfaat kewangan dan strategik untuk kedua-dua negara.

Walau bagaimanapun, disebabkan pelbagai faktor, kedua-dua pihak akhirnya memutuskan untuk tidak meneruskan rancangan ini. Kesan daripada itu, pelaburan kami dalam syarikat usahasama tersebut telah ditukarkan kepada instrumen pendapatan tetap dalam bentuk nota Murabaha, yang pada dasarnya adalah sebuah pinjaman, dengan kadar faedah tahunan sebanyak 8.75%.

Pinjaman ini telah dibayar sepenuhnya, pada jumlah AS$2.318 bilion dengan keuntungan sebanyak AS$488 juta, pada 2013. Membawa pulang dana ini ke Malaysia akan mendedahkannya kepada risiko turun naik pertukaran mata wang asing, seperti yang disaksikan pada masa ini. Untuk memastikan 1MDB mengekalkan posisi kecairan yang kukuh dengan portfolio global yang pelbagai, dana ini dilaburkan dalam anak syarikat 1MDB yang didaftarkan di Cayman Islands.

Dari segi pelaburan kami, sebanyak AS$1.22 bilion telah ditebus sebelum ini (yang merupakan lebih kurang 60% daripada jumlah keseluruhan), seperti terkandung dalam laporan penuh tahunan berakhir 31 Mac 2014, dan seterusnya syarikat telah menebus sejumlah AS$1.103 billion lagi - sepertimana yang dimaklumkan dalam siaran media syarikat bertarikh 13 Januari 2015. Ini mewakili baki (lebih kurang 40%) daripada jumlah penuh dana asal sebanyak AS$2.318 billion yang telah dilaburkan. Dengan itu, dana pelaburan ini telah pun ditebus sepenuhnya.
Sayang sekali, Kadir Jasin ketika usia menghadiri ufuk barat, bukan sahaja sudah hilang kebolehan menganalisis malah berusaha bersungguh-sungguh menjatuhkan bekas rakannya (Mohd Najib Razak) dan merosakkan parti yang memberikan pelbagai kesenangan kepada beliau.

Saya doakan Kadir kembali ke pangkal jalan. Janganlah nanti kita mati dengan meninggalkan tulisan-tulisan yang penuh pembohongan dan fakta palsu.

Usah busukkan nama yang harum kerana harta dunia yang tidak seberapa.

No comments:

Post a Comment