Tuesday, February 10, 2015

Anwar Dah Terima Balasan, Pemimpin UMNO Jangan Cari Peluang Berantakan


Penulis tertarik dengan kebimbangan seorang rakan yang bimbang hukuman penjara 5 tahun yang dijatuhkan ke atas Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Persekutuan sebentar tadi, akan menyebabkan UMNO berbalah.

Maklum sajalah, sekarang ini mungkin ada yang menahan diri kerana melihat Anwar sebagai ancaman yang tidak boleh diabaikan, tapi bila Anwar dah ke dalam, maka peluang ini diambil untuk bercakaran sesama sendiri kerana musuh yang nyata, sudah ke penjara.

Kebarangkalian ini tidak boleh diketepikan kerana memang perangai segelintir orang UMNO macam itu.  Bila musuh dah tiada, mereka bermusuh sesama sendiri kerana mahu mengambil peluang ke atas kekuatan UMNO yang kononnya bertambah selepas Anwar ke dalam.

Hakikatnya tidak begitu.  Anwar bukan satu faktor yang penting mana pun, tak macam dulu.  Sampai kiamat sekalipun orang Melayu memang akan sentiasa berpecah, cuma persoalannya sekarang, pecah berapa banyak dan sama ada pergolakan dalam UMNO membantu kepada perpecahan tersebut?

Dalam masa yang sama,majoriti kedua terbesar rakyat di negara ini kukuh perpaduan sesama mereka, sehingga ke tahap di luar BN, di dalam dah DAP atau PAS dan sebagainya.  Inilah yang kita lihat berlaku bila Ketua Pemuda MCA bersama-sama DAP membuat sidang media menghentam Datuk Ser Ismail Sabri dalam isu penurunan harga barang yang diputar belit sehingga jadi isu perkauman.

Itu sahaja menunjukkan demi kepentingan kaum dan bangsa mereka, apa perbezaan politik sekalipun, boleh dikorbankan,  Silap-silap, tsunami cina yang berlaku dalam PRU13 yang lepas pun adalah kerana kedua parti ini mengadakan kerjasama secara rahsia, mana kita nak tahu?

Sebab itu penting untuk kepimpinan UMNO bersatu padu lebih kuat lagi bila Anwar ke penjara.  Jangan sesekali leka atau ingat masalah dah selesai bila Anwar tidak ada.  Batang tubuhnya mungkin tersekat di satu tempat, tapi siapa boleh menyekat suaranya dari menembusi tembok penjara?

No comments:

Post a Comment