Tak pasti apa yang tak kena dengan Khairy Jamaludin sekarang. Tahun 2004 dulu dia juga yang jadi barua hantar pasport antarabangsa untuk Anwar ke luar negara sebaik dibebaskan dari penjara. Hari ini dia jadi kepala yang nak memburukkan Anwar di seluruh negara pulak.
Konon kerana UMNO diam diri, tahan semua fitnah selama 6 tahun kes Anwar ini berjalan. Yang dia lupa, bukan 6 tahun tapi 17 tahun iaitu sejak 1998. Kenapa dia baca yang 6 tahun itu sahaja, yang baki tu buat lupa? Pasal ada untung ke?
Ya, Anwar bebas tahun 2004, sangkut tahun 2015. Tapi kalau nak cakap pasal pertahan UMNO dari dakwaan konspirasi, apa beza yang 2004 dengan sekarang? Dalam kedua-dua kes ini, takdak bukti pun UMNO terlibat konspirasi untuk penjarakan Anwar.
Begitupun, jangan salah faham, penulis bukan pro Anwar tapi penulis juga bukan pro manusia hipokrit macam Khairy.
Lagipun, dalam masa yang sama, ada kes pembunuhan Altantunya dimana UMNO juga dituduh terlibat. Sekarang bila pembangkang cuba hidupkan balik kes itu dengan memperalatkan Sirul, kenapa tak buat road tour pertahankan UMNO?
Mahkamah Persekutuan pun dah buat keputusan UMNO tidak terlibat dalam kes tersebut.
Secara tak langsung membuatkan penulis perasan ada yang tak kena dengan tindakan Khairy yang ini. Penulis yakin, ada maksud tersirat disebalik tindakan Khairy tergopoh gapah nak mensensasikan kes Anwar.
Penulis sebetulnya belum jumpa kaitannya lagi, tapi ada besar kemungkinan, tuduhan yang mengatakan usaha pembangkang cuba membangkitkan semula isu Altantunya dengan memperalatkan seorang pesalah dalam kes tersebut, ada kaitan dengan road tour kes liwat Anwar yang dirancang Khairy
Dakwaan ini sudah mula tersebar di media sosial, antaranya dibuat oleh seorang bekas kawan baik Anwar sendiri.
Tapi percayalah, dengan pengalaman dan pengamatan penulis dalam politik Malaysia, bukan lama sebelum penulis jumpa kaitan tersebut.
No comments:
Post a Comment