Berita budak perempuan baru berusia 14 tahun dah berani nak ke Mesir bersendirian untuk menyertai kegiatan pengganas ISIS membuatkan penulis terfikir, tugas siapa sebenarnya untuk pastikan anak-anak tidak terlibat kegiatan pengganas?
Kerajaan atau ibu bapa?
Macam dalam kes budak ini, bagaimana keluarganya boleh tak tahu dia sudah nak meninggalkan negara ini untuk menyertai kegiatan pengganas? Baru 14 tahun umur budak itu, bukannya 24 tahun.
Dalam keadaan biasa untuk keluarga normal yang penulis tahu, budak kalau umur 14 tahun dan tak balik rumah satu hari tanpa sebarang berita, ibu bapa selalunya dah cemas. Mencari anak di sana sini.
Ini dah nak ke Mesir, seorang diri pulak tu keluarganya boleh tak sedar lagi? Penulis sendiri pun tak berani nak ke Mesir seorang diri, bukan pernah ada pengalaman ke situ pun, Ini lagi budak umur 14 tahun.
Walaupun ada yang menunggu di lapangan terbang tapi nak tempuh proses imigresen dan sebagainnya, apatah lagi dalam kes ini, budak tersebut bawah umur dan mengembara seorang diri, apa saja boleh berlaku.
Paling menghairankan penulis, kotlah ibu bapa atau ahli keluarganya yang lain menahan dia di lapangan terbang, polis pulak yang sampai dulu.
Apa pun alasan, ini semua menunjukkan ada suatu yang tak kena dengan institusi keluarga di negara kita. Peningkatan masalah sosial yang dikaitkan dengan remaja sudah satu hal, kini dah ada satu ancaman baru dengan terlibat dalam kegiatan keganasan pada usia yang terlalu muda.
Mungkin sampai masanya bukan anak-anak terlibat sahaja yang dikenakan tindakan, ibubapanya, pentadbir sekolah pun perlu dibabitkan sekali kerana kecuaian sehingga perkara ini boleh berlaku.
Kalau sesuatu tak dilakukan sekarang, penulis bimbang masalah ini akan berterusan di masa hadapan sehingga satu tahap, hilang kawalan. Polis bukan boleh berada di semua tempat pada setiap masa pun.
No comments:
Post a Comment