Monday, February 23, 2015

Baguslah Blogger Perasan Hebat Tidak Dilantik Semula Sebagai Panel Bebas SPRM


Melihat kepada senarai 26 anggota panel bebas Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) yang dilantik pagi tadi, agak lega bila tidak melihat nama Sy*d A*b*r sebagai antara salah seorang yang dilantik semula.

Sepanjang dia menganggotai panel bebas SPRM sebelum ini, rakyat tidak nampak sebarang sumbangannya terhadap membendung jenayah rasuah di negara ini.  Sebaliknya, dia gunakan pula kedudukan itu untuk memburuk-burukkan kerajaan dan Perdana Menteri.

Ibarat anjing tersepit menggigit tangan orang yang melepaskannya, macam itu.


Ada elaun atau tidak bukan soalnya tapi jika ada orang yang boleh menyumbang kepada penambah baikan SPRM dengan lebih baik, adalah wajar jawatan itu diberikan kepada dia, dari dibazirkan kepada orang seperti Sy*d A*b*r.

Dengan dia ni, takda rasuah pun dia kata ada rasuah, takda penyelewengan pun dia kata ada penyelewengan.  Bila kantoi menipu, padam artikel sebelum sesiapa sempat printscreen. Kalau tidak, mesti tinggal seluar dalam saja kerana tidak mampu bayar saman.

Penulis sendiri tak faham apa tujuan orang ini dilantik pada mulanya, tapi mungkin ada kelainan yang Perdana Menteri mahu lihat dengan membawa orang ini masuk sebagai anggota panel bebas SPRM dulu, dan bila tahu dia tidak boleh menyumbang, maka disingkirkan adalah jalan terbaik.

Dengan gabungan muka-muka baru dan lama yang dilantik semula hari ini, kita mengharapkan agar SPRM akan bertambah mantap seperti kejayaan menyelamatkan berjuta-juta duit bantuan banjir dari disapu mereka yang tidak layak di Kuala Krai baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment