Tuesday, February 17, 2015

Kematian Nik Aziz Wajar Menginsafkan Mahathir


Individu atau kelompok yang hilang akal mengejek Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menghadiri majlis pengebumian Nik Aziz minggu lepas patut tahu bahawa Najib bukanlah seteru utama Nik Aziz, tapi bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir.

Selama berpuluh-puluh tahun sejak 1990, arwah dan Mahathir menjadi musuh politik yang utama dan sampai ke kemuncak pada tahun 2001 bila anak Nik Aziz, Nik Adli ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dakwaan terlibat dengan Kumpulan Militan Malaysia (KMM).

Menurut beberapa sumber yang rapat, penahanan ini telah menukarkan perseteruan politik antara Mahathir dan Nik Aziz kepada perseteruan peribadi.

Dikatakan, buat satu ketika yang panjang selepas itu, Nik Aziz dan Mahathir tidak pernah dilihat bersama walaupun sewaktu Mahathir mengadakan lawatan ke Kelantan.  Malah Nik Aziz pernah dipetik sebagai berkata, "tidak akan memaafkan orang yang menahan anaknya dibawah ISA".

Ketika Nik Adili ditahan, Mahathir adalah Menteri Dalam Negeri yang berkuasa menahan individu dibawah ISA.

Isunya sekarang bukan kewajaran Nik Adli ditahan dibawah ISA atau tidak, tapi kita nak cakap ni tentang perseteruan antara dua pemimpin tersebut.  Najib dalam mana-mana sudut pun tidak terlibat dan tidak sewajarnya kemarahan ke atas Mahathir seperti yang ditunjukkan semasa majlis pengebumian Nik Aziz itu, dilepaskan kepada beliau.

Najib tidak ada masalah dengan Nik Aziz dan sentiasa melawat bekas Menteri Besar Kelantan tersebut ketika terlantar sakit lagi, bukan sekali tapi banyak kali.  

Mahathir? Haram sekalipun tak pernah, tapi itu bukan masalah.  Nak melawat orang sakit atau tidak ini adalah pilihan individu.  Cuma tak faham kenapa Najib nak diejek dan dihina sedangkan yang 'banyak masalah' dengan arwah ini sepanjang kariernya ketika hidup ialah Mahathir.

Begitu pun dalam masa yang sama, kehilangan Nik Aziz secara mengejut ini wajar menginsafkan Mahathir supaya melebihkan persediaan menghadapi hari mati lebih dari yang lain.  Kurangkan sikit ke hulu ke hilir menghina dan mengkritik orang yang tidak sebulu dengannya, takut tak sempat minta maaf.

Sejarah politik dan pentadbiran Mahathir diketahui lebih banyak skandal dan kelemahan berbanding apa yang dituduh berlaku dibawah pentadbiran Najib sekarang, walaupun tak dinafikan beliau juga banyak meninggalkan jasa kepada negara.  

22 tahun memerintah, kalau tak tinggal jasa, tak tahulah nak kata manusia dan pemimpin jenis apa.

No comments:

Post a Comment