Apakah yang semua orang faham bila penyokong tegar negara haram Israel bernama Paul Wolfowitz menulis dalam portal Wall Street Journal, membantah hukuman penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Anwar kerana meliwat Saiful secara paksa?
Pulak tu, bukan sekali tapi banyak kali.
Wolfowirz menyokong Anwar sepanjang kes liwat pertamanya dulu, Wolfowitz juga menyokong Anwar dalam kes liwat 2 sekalipun dalam kes yang terbaru ini, ada bukti jelas dimana kepala spermanya dijumpai dalam rektum Saiful.
Menariknya, dalam kedua-dua kes, Wolfowitz tidak pernah mempersoalkan tindakan Anwar meliwat mangsanya secara paksa, yang dia nampak, Anwar dihukum kerana meliwat sahaja, bab secara paksa tu dia tak nampak. .
Atau pura-pura tak nampak.
Pertuduhan ke atas Anwar dalam kes liwat terbaru jelas menunjukkan Saiful diliwat tanpa kerelaannya. Menunjukkan, bantahan Wolfowitz terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atas Anwar adalah bersifat berat sebelah dan bukan berasaskan fakta.
Walaupun rata-rata negara barat termasuk banyak negeri di Amerika Syarikat sudah menerima perlakuan homoseksual sebagai normal, tapi atas dasar konsensual, bukan secara paksa seperti yang dilakukan Anwar.
Oleh yang demikian, penulis tidak menyalahkan jika sesiapa melihat ada banyak tak kena dalam soal yahudi Wolfowitz menyokong Anwar tanpa mempedulikan fakta sebenar yang membawa kepada hukuman penjaranya.
Apatah lagi pada tahun 2012, Anwar secara terbuka mengumumkan menyokong penubuhan negara haram Israel - yang pertama seumpamanya datang dari mana-mana pemimpin Islam dari Asia Tenggara.
Gabung-gabungkan semua ini, nampaklah siapa sebenarnya yang sedang dipergunakan dan untuk kepentingan siapa? Tak payah penulis mengarang panjang-panjang.
No comments:
Post a Comment