Wednesday, February 25, 2015

Lepas 1MDB,FGV Pulak, Apa Masalahnya Kadir Ni?


Sejak diterajui Ketua Pegawai Eksekutif yang baru, semua kebimbangan 'pihak tak berkaitan' dengan operasi syarikat 1MDB, mula dijawab dengan begitu sempurna sekali.  Begitu sempurna sehingga tidak ada peluang untuk sesiapa memutar belitkannya.

Tak kisahlah sebijak mana, apatah lagi bila tak bijak.

Maka tak hairan penggerak yang ditubuhkan khusus untuk menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menggunakan 1MDB sebagai subjek, orang macam Kadir Jasin, kini mengalihkan perhatian kepada FGV pula.

Saham FGV yang mengalami trend penurunan kebelakangan ini, dijadikan alasan untuk mengatakan syarikat itu gagal dan merugikan pemegang sahamnya.

Ini cakap macam orang bodoh.  Bukan FGV saja yang sahamnya menurun, separuh syarikat di Bursa Saham pun menunjukkan trend hampir serupa.

Lagipun, sesiapa yang biasa dengan urusan jual beli saham, tahu risiko bahawa pasaran ada turun dan naik.  Tak siapa diacukan pistol di kepala untuk membeli saham FGV pun.  Justeru, dengan mengatakan bahawa harga saham FGV yang rendah sekarang bukti kegagalan Najib atau yang seperti itu, bukan tuduhan berasaskan fakta, tapi datang dari hasad dengki.

Hakikatnya, FGV berjaya.  Ikut laporan akhbar hari ini, pendapatan FGV meningkat 30.8% berbanding tahun lepas kepada RM 16.4 billion - disebalik kejatuhan harga getah dan komoditi utama dunia yang lain.

Getah turun, tapi sawit naik, itulah bijaknya pengurusan FGV.

Walaupun keuntungan bersih menurun kepada RM 521,86 juta berbandng RM 1.1 billion pada tahun lepas, yang pentingnya, untung sehingga boleh bayar dividen akhir 4 sen kepada setiap pemegang saham.

Jadi apa masalahnya yang Kadir Jasin tak puas hati, itu yang menghairankan penulis.  Patutnya Kadir Jasin selesaikan hutang RM 4 juta Berita Publishing kalau hebat sangat, bukan masuk campur benda yang dia tidak mungkin faham.

No comments:

Post a Comment