Wednesday, August 30, 2017

Puluh BIllion Hilang Dalam Skandal Forex & Mahathir Kata Biasalah? Memanglah, Bukan Duit Dia Tapi Rakyat!!


Seorang saksi dalam prosiding skandal Forex hari ini mendedahkan bahawa Mahathir kelihatan normal bila diberitahu tentang berpuluh billion wang negara yang hilang dalam skandal Forex era 90an dulu.

Apa gila berpuluh billion hilang dan Mahathir boleh buat bodoh?

Berbeza dalam kes 1MDB bila Mahathir mendakwa berlaku kehilangan wang yang besar dan dia pergi merata negara bercakap mengenainya seolah dia begitu kisahkan dengan 'wang negara' yang kononnya hilang.

Kita semua tahu sekarang tidak ada wang 1MDB yang hilang tapi Mahathir masih tidak berhenti mengulang cerita bohong itu padahal bila lebih besar jumlahnya wang rakyat yang hilang dalam skandal Forex ketika dia masih Perdana Menteri, boleh buat muka normal saja Mahathir ni.

Monday, August 28, 2017

Takde Menteri Keluar Parti Sebab Najib Terer


Marah Mahathir sebab masa Kuli lawan dia tahun 1987 yang dulu, 5 Menteri ikut menyeberang masuk Team B dan kemudian S46, sedangkan masa dia lawan Najib sekarang, seorang Menteri pun tak ikut masuk parti dia atau jadi pembangkang.

Kemudian ini yang dijadikan Mahathir alasan kebebasan bersuara dalam UMNO sudah mati. Itu bukan tanda kebebasan bersuara dah matilah dol, itu tanda Najib ni kuat sampai tidak ada menteri yang nak keluar parti menyokong kau.

Anyway, balik-balik yang Mahathir ulang itulah pertandingan 1987 bukti konon dia terbuka dan orang boleh cabar dia. Hakikatnya pertandingan 1987 tu Mahathir tak sangka akan menang nipis, maka itu, 22 tahun sebagai Presiden UMNO, sekali itulah pun orang cabar Mahathir di kerusi Presiden.

Friday, August 25, 2017

Trump Jumpa Najib, Mahathir Patut Mengaku Menipu


Apa maksud bila Presiden Donald Trump jemput Datuk Sri Najib Tun Razak datang ke White House meraikan 60 tahun hubungan USA-Malaysia bukan September nanti?  Ini maksudnya, semua dakwaan Mahathir konon Najib terlibat dalam skandal 1MDB, adalah tidak betul.

Semudah itu saja.

Trumph ni, apa pun nak kata, adalah Presiden Amerika, negara kuasa besar dunia.  Tak kebulur dia nak jumpa orang suka-suka, melainkan ada hal yang begitu penting.  Pemimpin lain sanggup bayar untuk jumpa orang pada kedudukan seperti dia tapi Najib ni dijemputnya begitu saja.

Cakap bab bayar ni, kena ingat bahawa, sebelum jadi Presiden pun Trumph memang dah kaya raya, ingat dia hairan ke dengan duit?  

Wednesday, August 23, 2017

RCI Memali: Fokus Siapa Arah Serangan


Siapa mengarahkan serangan yang mengorbankan sehingga 14 penduduk kampung dalam tragedi Memali November 1986, adalah antara banyak misteri era Mahathir yang perlu diselesaikan pentadbiran Datuk Sri Najib Tun Razak.

Menyusul ada banyak lagi misteri tapi ikut turn lah

Jangan sangka rakyat lupa dengan isu ini.  Ramai terkorban dalam kejadian tersebut, mesti ada yang bertanggungjawab.  Tinggal lagi selama hari ini rakyat diugut dengan ISA kalau mendesak sangat jawapan kepada banyak persoalan dalam isu Memali ni.  

Itu saja sebabnya, bukan sebab lupa.

Monday, August 21, 2017

RCI Forex: RM 31.5 Billion Yang Lesap Ni, Keturunan Siapa Nak Ganti?


Seorang saksi dalam pendengaran prosiding RCI Forex hari ini mengesahkan bahawa secara keseluruhannya Bank Negara aka rakyat Malaysia, kehilangan RM 31.5 billion dalam kerugian forex 1992.

Penulis tidak begitu arif tapi kalau nilai waktu itu RM 31.5 billion, maka nilanya pada hari ini besar kemungkinan adalah beratus-ratus billion - tidak kurang.

Tambah memeranjatkan, kerugian ini disembunyikan dalam bentuk rizab menurut Abdul Aziz Abdul Manaf yang pada waktu kejadian adalah Pengurus Akaun di Bank Negara,

Friday, August 18, 2017

Tukar Panel RCI: Apa Yang Mahathir Cuba Hide Kan?


Hujung-hujung ini Mahathir suka mempamerkan dirinya sebagai seorang yang terbuka.  Terbuka untuk disoal, terbuka untuk disiasat, terbuka untuk segalanya.  

Bagaimanapun, keadaan tidak jadi seperti yang Mahathir inginkan kerana dia bukanlah terbuka manapun, tertutup, berahsia dan sorok selagi boleh, sudah menjadi amalan Mahathir zaman berzaman.

Tidak ada siapa yang mampu mengubah keadaan itu - sudah jadi darah daging.

Sebab itu jangan hairan kenapa setelah program Nothing To Hide 2.0, medan dimana Mahathir sepatut membuktikan keterbukaannya diadakan, rakyat masih tidak jelas tentang banyak perkara.  Memali, Anwar dan sebagainya, waima 1MDB pun rakyat masih tidak jelas, apa dia dari sudut pandang Mahathir?

Wednesday, August 16, 2017

Parti Bunga Memang Sewel Pun


Muhyiddin kata hanya orang sewel saja akan sabotaj majlis sendiri - merujuk kepada kekecohan yang berlaku dalam program Nothing To hide 2.0 kelmarin..  

Kita nak jawab memang parti yang Muhyiddin tu sewel pun, tak hairan kalau sabotaj majlis sendiri. 

Nak cerita ni, kekecohan program yang tersebut - kalau betul-betul tercedera Mahathir hari tu - seperti yang digambarkan Ketua Armada tu, memang akan dapat simpati rakyatlah.   

Buktinya, takde sebiji benda asing pun menghala ke arah Mahathir bila kekecohan bermula tapi entah kenapa budak Armada kata objek tu semua memang dituju kepada Mahathir.  Jelas mereka memang dah ready dengan jawapan, tujuan untuk dapat simpati politik kalau jadi apa-apa kepada Mahathir.

Memang parti sewel lah.