Friday, March 31, 2017

Mahathir Pembawa Masalah Dari Menyelesaikannya



Sudah ada desakan agar Datuk Sri Najib ini diberikan satu penghargaan atas kejayaan beliau menyelesaikan begitu banyak krisis antarabangsa dan tempatan dengan menggunakan pendekatan diplomasi contoh sejak 2014.

Antaranya MH370, MH17, pergolakan di Selatan Filipina yang ada hubung kait dengan Sabah dan terbaru krisis dengan Korea Utara.  Krisis dengan Korea Utara ini adalah yang terbesar sekali sebab kerajaan itu dipimpin oleh orang yang tidak berapa betul fikirannya.

Najib dah tak boleh dibiar terus saja menyelesaikan masalah rumit sebegini tanpa sebarang bentuk penghormatan bagi menghargai kejayaan itu.

Sebagai perbandingan, Mahathir juga mengalami banyak krisis antarabangsa membabitkan negara sepanjang 22 tahun jadi Perdana Menteri.  Dari kes BMF, Memali lesap RM 30 billion di pasaran matawang antarabangsa sehingga kepada kejatuhan ekonomi 1997, semuanya tidak berjaya diselesaikan Mahathir.

Wednesday, March 29, 2017

"Kepala Perompak" Hadir Mesyuarat Dipengerusikan "Mulut Jahat"


Mat Sabu.......dengar nama pun dah gelak, belum dengar dia bukak mulut lagi.  Apa ada pada Mat Sabu ni? Cerdik? Tak. Warak? Jauh sekali.  

Nak panggil cerdik macam mana, ciri-ciri itu langsung tak ada!! Mat Sabu kot, ingat DAP 'perkenan' dia jadi Presiden PAN sebab dia cerdik ka?  Pasal dia bodohlah.

Tapi semalam Mat Sabu pengerusikan mesyuarat Pakatan yang antaranya turut dihadiri bekas Perdana Menteri dan bekas Timbalan Perdana Menteri!!

Wow....dahsyat Mat Sabu.  Bodoh-bodoh dia pun dapat pengerusikan mesyuarat dengan ahli-ahli yang LEBIH BESAR dari dia.

Monday, March 27, 2017

Lemahnya Pribumi, Baru Bagi Cadangan, Bersusun Orang Menentang


Kita masih ingat ketika Anwar dibuang dari UMNO oleh Mahathir pada tahun 1998, DAP dan PAS ketika itu berlumba-lumba mencarinya untuk menawarkan diri menjadi kawan.  Anwar akhirnya memilih buat parti sendiri, yang kita kenal sebagai PKR hari ini.

Mahathir dan Muhyiddin pulak di tempat yang berlawan.  Bila masing-masing keluar/dibuang UMNO, mereka yang berlumba-lumba cari DAP dan PAS untuk membuat kawan.  Mahathir cari DAP, Muhyiddin cari PAS.

Nampak bezanya tu?

Apa pun tak mengubah hakikat Anwar ini masih seorang peliwat cuma nak tunjuk dari segi politik, cerdik Anwar dari 2 ekor ini tadi.  Anwar menentukan rentak untuk DAP dan PAS menarikan, sementara Muhyiddin dan Mahathir ini terpaksa menari ikut rentak Pakatan.

Friday, March 24, 2017

Beli Jet Pejuang Terpakai, Itulah Jasa Mahathir Kepada Askar Kita



Banyak yang diperkatakan orang tentang sumbangan Mahathir dalam penganjuran LIMA2017.  Sumbangan apa?  Kepada penganjuran itu mungkinlah tapi kepada industri pertahanan dan angkatan tentera kita secara keseluruhannya apa dia?

Hampir tidak ada.

Banyak perolehan yang dibuat sepanjang penganjuran LIMA sejak 1991, adalah kerana Datuk Sri Najib menjadi Menteri Pertahanan. Mahathir hanya endorse saja sebab dia Perdana Menteri tapi yang buat semua kerja ialah Najib.

Mahathir ada rekod yang cukup buruk dalam hal pertahanan ini.  Ia adalah ketika Mahathir menjadi Menteri Pertahanan antara 1981 - 1985 dimana jet pejuang A4 Skyhawk terpakai dari Amerika Syarikat diperolehi.

Thursday, March 23, 2017

Lawan Najib, Tak Sedar Diri Tu Nak Dikorbankan


Kata seorang bekas pesara kerajaan ini dari parti Pribumi, dia mahu mencabar Datuk Sri Najib di Pekan dalam PRU14 yang akan datang.  Latarbelakang sebagai orang pencen (pernah pegang jawatan besar dalam kerajaan) disamping status sebagai anak tempatan, dijadikan sandaran.

Persoalannya, kenapa orang ini - yang tidak ada langsung pengalaman politik? Kenapa bukan nama-nama besar dalam Pribumi yang lain?  Hantarlah Muhyiddin ke, Mukhriz ke atau paling tidak Zainuddin Maidin (Zam).  Zam ini tidaklah nama besar tapi dia mulut besar.  Banyak sangat cakap tapi mencabar Najib tidak berani.

Atau paling tidak Mahathir sendiri turun bertanding di Pekan.

Monday, March 20, 2017

Debat 1MDB: Nazri Mungkin Tak Berminat Tapi Mahathir Mahu Menang!!


Kata Datuk Seri Nazri Aziz, tidak ada pihak yang menang, tidak ada pihak yang kalah dalam debat 1MDB dirancang pada 25 Mac ini di Padang Rengas.  Secara tidak langsung menunjukkan Nazri tidak berminat untuk menang dalam perdebatan itu.

Tapi bagi Mahathir, adalah penting untuk dia menang dalam debat tersebut.  Tak betul-betul menang, kelihatan menang pun cukuplah.

Sebetulnya tidak ada satu cara menentukan siapa yang menang atau kalah dalam sesi debat, ini bukan perlawanan bola dimana siapa paling banyak gol menang.  Paling common, bila salah satu pihak tidak dapat menjawab soalan pihak yang lain sajalah, itu dianggap menang.

Friday, March 17, 2017

Sukan Komanwel 2022: Bagus, Cuma Jangan Biar Tragedi SUKOM 98 Berulang


Cadangan Malaysia menjadi penganti kepada tuan rumah Sukan Komanwel 2022, Durban (Afrika Selatan), memang baik.  Sukan, seperti yang ramai orang tahu, mampu menarik kedatangan pelancong di samping peluang mempromosi negara di mata dunia.


Bagaimanapun dalam masa yang sama, kerajaan perlu melihat penganjuran Sukan Komanwel 1998 (Sukom98) di negara kita pada era Mahathir menjadi Perdana Menteri yang menimbulkan begitu banyak masalah kepada negara sebagai teladan dan tidak mengulangi kesilapan itu dalam Sukan Komanwel 2022.


Akaun Sukom98 hanya berjaya ditutup pada tahun 2012 - 14 tahun selepas penganjurannya.

Kenapa?  Sebab terlalu banyak penyelewengan kita rasa berlaku dalam penganjuran sukan tersebut.  Dah Sukom98 ini pun diterajui oleh adik ipar Mahathir sendiri, seorang jeneral bersara yang pernah dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera pada era yang sama (Mahathir jadi Perdana Menteri).