Tuesday, February 28, 2017

Penjaga 2 Kota Suci Pun Tak Boleh Nak Tentu Haji Siapa Mabrur


Raja Salman selain dikenali sebagai Raja Arab Saudi, turut bergelar penjaga 2 kota suci (Mekah & Madinah) - satu gelaran yang tiada tandingnya di dunia ini.

Pun begitu, Raja Salman dan Raja-Raja Arab sebelum beliau, dengan kedudukan yang begitu, tidak pernah direkodkan ada mengeluarkan kenyataan siapa diantara orang yang mengerjakan ibadah haji ini mendapat haji yang mabrur atau tidak.  Itu penjaga 2 kota suci tu.

Bagaimana Mahathir yang nak mengerjakan haji atau umrah pun perlu mendapatkan kebenaran kerajaan Arab Saudi pulak yang lebih sudu dari kuah menentukan haji siapa yang mabrur atau tidak?

Itu yang pelik.

Monday, February 27, 2017

Raja Arab Datang, Dia Tak Sibuk Pasal Derma Pulak


Sebelum ini Mahathir adalah orang paling kecoh tentang derma RM 2.6 billion yang masuk akaun Perdana Menteri pada tahun 2013.  Ke hulu ke hilir Mahathir bercakap tentang hal itu dan menuduh ia adalah wang yang dicuri dari 1MDB.

Bila ditunjuk bukti bahawa ia adalah wang derma dari Arab Saudi dan Arab Saudi sendiri pun tidak menafikannya, Mahathir memperlekehkan pulak jawapan itu, siap tuduh Arab gila saja yang bagi derma banyak itu.

Sekarang Raja Arab Saudi sudah datang Malaysia, jangan kata ura-ura nak berjumpa, Mahathir tidak lagi bercakap tentang derma RM 2.6 billion itu.  Sebaliknya, dia dipercayai mengarahkan para balacinya untuk menyerang perjanjian syarikat minyak Arab Saudi, Aramco dengan Petronas.

Dah pergi mana cerita RM 2.6 billion yang dijaja-jaja tadi kononnya bukan wang derma tapi wang yang dicuri dari 1MDB?  Patutnya inilah masa yang paling sesuai untuk membicarakan perkara tersebut.

Masa bila lagi yang sesuai?

Friday, February 24, 2017

Nak Tahu Mahathir Nyanyuk Ke Tidak, Jangan Tanya Penyembahnya


Agak hairan kenapa media mendapatkan pendapat penyembah Mahathir bagi mengulas sama ada tua kutuk itu sudah nyanyuk atau tidak?  Dah tentulah jawapannya tidak.

Nak tanya Mahathir nyanyuk ke tidak, kena tanya orang yang tahu dan mengikuti perjalanan karier dan politik orang tua berkenaan - dah tentulah orang yang lebih dewasa, bukan budak mentah setahun jagung.

Orang bercakap Mahathir nyanyuk ni, ada alasan yang mengiringinya, bukan main tabur saja.  Contoh, dulu dia kata apa pasal pembangkang, sekarang dia kata apa pulak, dulu dia kata melayu mudah lupa, sekarang siapa sebenarnya yang mudah lupa, dan semacam itu.

Patahkanlah hujah itu kalau nak mengatakan Mahathir sebaliknya (tidak nyanyuk), bukan ikut perasaan saja.

Thursday, February 23, 2017

Monumen Kebanggaan Mahathir Antara 2 Lokasi Suspek Berlatih Guna Racun


PDRM semalam mengesahkan bahawa suspek dalam kes pembunuhan seorang warganegara Korea Utara di KLIA2 18 Februari lepas, berlatih menggunakan racun dalam pembunuhan itu di dua lokasi sekitar Kuala Lumpur, iaitu di KLCC dan Pavilion.

Kebetulan, dua lokasi ini sangat berkaitan rapat dengan Mahathir.  KLCC adalah monumen kebanggaannya, dimana dia mendakwa rekabentuk asas bangunan itu dia yang membuatnya, sementara Pavilion pula adalah lokasi pertama kedai roti Mahathir, The Loaf dibuka.

Bagaimanapun suka nak diingatkan, tidaklah Mahathir berkaitan apa-apa dengan kejadian itu cuma nak disebutkan inilah kadang-kadang masalahnya dengan pembinaan monumen.  

Memang, monumen boleh menjadi mercu tanda sesebuah negara tapi ia juga berpotensi digunakan oleh pihak tidak bertanggunjawab untuk memalukan sesebuah negara itu balik.

Wednesday, February 22, 2017

Proton: Saudara Mara Mahathir Masih Ramai Jadi Supplier


Mahathir menulis tentang Proton hari ini.  Banyak merapu yang disebut tapi secara asasnya semua cerita lama terutama mengulang kembali dakwaan konon kerajaan akan menjual Proton ini kepada syarikat China.

Tua kutuk ini masih tak mahu mengaku bahawa Proton bukan lagi hak kerajaan dan syarikat itu sudah beberapa tahun menjadi syarikat swasta sepenuhnya.  Kalau nak dijual pun bukan kerajaan yang jual, sebaliknya syarikat yang memilik Proton - DRB Hicom.

Pun begitu, kerajaan masih bermurah hati menyuntik dana RM 1.5 billion ke dalam syarikat itu setelah Mahathir tidak lagi menjadi Pengerusinya tahun lepas tapi sampai bila kan?

Apa pun, setelah Proton dibebaskan dari Mahathir, Proton perlu masuk ke fasa yang seterusnya iaitu dengan membebaskan syarikat tersebut dari suku sakat Mahathir yang menjadi pembekal syarikat itu buat sekian lama.

Monday, February 20, 2017

Kemalangan Basikal: Mana Zam Tahu Kalau Orang Lain PM, Kemalangan Itu Tak Berlaku?


Anak Maidin ini semua orang tahu hanyalah balaci Mahathir, tak lebih dan tak kurang.  Dia kekal dalam UMNO dan tidak masuk parti bunga hanya untuk memainkan peranan budak jahat bagi pihak Mahathir saja.

Jadi, kenyataan anak Maidin baru-baru ini berhubung kemalangan basikal yang mengorbankan 8 nyawa di Johor Sabtu lepas itu adalah semata-mata memainkan peranannya sebagai balaci Mahathir saja.

Statusnya sebagai ahli UMNO, akan kemudiannya digunakan pembangkang untuk mencemarkan imej UMNO, seolah-olah UMNO yang bercakap, bukan anak Maidin.  Kalau pun bukan ini niatnya, dari segi persepsinya begitu.


Hakikatnya, mana mungkin anak Maidin ini tahu kalau orang lain jadi Perdana Menteri, kemalangan basikal itu tidak akan berlaku?  Tiada siapa yang tahu, dah nama pun kemalangan kenapa mesti anak Maidin nak politikkan?

Friday, February 17, 2017

Mahathir Bapa Perpecahan Melayu


Selama bertahun tahun rakyat terpedaya dengan permainan wayang konon Mahathir adalah seorang ultra Melayu, pro Melayu dan segalanya Melayu.

Yang betulnya, berdasarkan banyak maklumat, jauh dari hero Melayu, Mahathir sebenarnya boleh dikatakan bapa perpecahan Melayu.  

Dikaji-kaji semula dari jumlah ekuiti bumiputera yang langsung tidak berubah dari saat Mahathir jadi Perdana Menteri sehingga bersara, kepada penubuhan parti-parti politik serpihan UMNO setiap kali Mahathir bergaduh dengan orang, semua ini adalah bukti yang nyata bagi menyokong hakikat tersebut.

Orang Melayu tak berkembang dan bersatu semasa Mahathir berkuasa. Dipecah-pecah belah pulak lagi semuanya agar dia dapat jadi yang terlama.

Malah, parti pure orang UMNO yang ada hari ini pun bukanlah UMNO sama yang ditubuh dikaki tangga Istana tahun 1946 dulu kerana Mahathir dan putar belitnya 'telah' mengharamkan UMNO yang itu dan menubuhkan UMNO Baru bagi mengelakkan pemilihan kontroversi 1987 dari diadakan semula.

Dibawah UMNO baru, ahli UMNO bukan saja Melayu macam dulu, tapi ada bumiputera (orang asal tapi bukan Melayu) yang boleh menyertainya.  Tidaklah salah dengan itu, tapi sekadar nak sebut dari parti pure Melayu, UMNO sudah ada bukan Melayu sebagai ahlinya, itu saja.