Thursday, March 31, 2016

Deklarasi Rakyat: Anwar Tarik Balik Sokongan, Mahathir Tinggal Sendirian


Anwar semasa di dekati wartawan di luar bangunan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, mengumumkan menarik balik sokongan terhadap Deklarasi Rakyat, termasuk menyifatkan gerakan itu hanya disokong oleh golongan-golongan elit.

Kenyataan ini menjawab semua persoalan sama ada Anwar menyokong gerakan ini tidak dan sokongan yang konon diberikan Anwar sebelum ini sebenarnya hanyalah satu umpan untuk menarik sokongan pengikutnya oleh Mahathir.

Tidak lebih dari itu.

Jadi apakah rupanya gerakan ini tanpa sokongan Anwar?  Adakah pimpinan PKR seperti Azmin dan Rafizi yang tidak pernah gagal menghadiri beberapa siri himpunan gerakan tersebut, masih memberikan sokongan atau tidak?

Sunday, March 27, 2016

Kuli: Semua Orang Salah, Mahathir Saja Tidak


Tindakan Mahathir menyeret Tengku Razaleigh Hamzah (Kuli) dalam usaha gagalnya untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, dilihat satu tindakan terdesak yang hanya bertujuan untuk mengalih perhatian awam dari pesalah yang sebenarnya - dia sendiri.

Konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri ini adalah satu tindakan besar, membabitkan ramai orang, setakat Kuli  satu orang bagi cadangan agar diadakan undi tidak percaya di Parlimen (untuk menjatuhkan Najib), apa yang menjadikan beliau lebih jahat dari Mahathir - kepala konsprisasi?

Lagipun, mengadakan undi tidak percaya di Parlimen untuk menjatuhkan Perdana Menteri adalah satu perkara yang dalam pengetahuan awam, ia bukan satu yang rahsia atau luar biasa kerana telah disebut dalam perlembagaan negara sejak sekian lama.

Mahathir sendiri pun tahu yang undi tidak percaya boleh menjatuhkan Perdana Menteri, jadi kenapa Kuli saja mesti dilihat bersalah yang dia tidak?  

Thursday, March 24, 2016

Mohon PM Saman Mahathir RM 42 Billion


Saman yang difailkan Mahathir terhadap Perdana Menteri semalam, pada pandangan ramai, adalah bersifat remeh dan menghina Mahkamah.

Dari segi angka itupun sudah salah kerana berdasarkan siasatan SPRM yang disahkan Peguam Negara, derma yang diterima Perdana Menteri pada tahun 2013 itu adalah berjumlah RM 2.08 billion dan telah dipulangkan semula RM 2.03 billion.

Kemasukan wang itu ke dalam negara ini adalah dengan pengetahuan Bank Negara dan mengikut semua prosedur yang ditetapkan.

Wang itu juga bukan dari 1MDB, sebaliknya penderma Arab Saudi.  Salah fakta, fitnah pulak lagi, ada hati nak saman konon.

Dah jadi macam Anwar pulak dah asal saman beratus juta tapi kok menang sekalipun, dapatnya tak 0.5% dari itu pun.  

Tuesday, March 22, 2016

Seleweng RM 100 juta: Bercutilah Menteri!!


Kes rasuah membabitkan seorang pegawai kanan kerajaan di Kementerian Belia & Sukan sehingga RM 100 juta wang rakyat lepas, membuka persoalan bagaimana jumlah wang yang besar ini boleh mengalir keluar tanpa disedari sesiapa - termasuk oleh Menterinya.

Jika RM 100 yang keluar dan Menteri tak sedar, kita boleh faham, masalahnya RM 100 juta!!  Tak hairan kenapa banyak cadangan dari pelbagai pihak agar Menteri yang berkenaan bercuti sehingga penyiasatan selesai.

Bila disebut pasal bercuti ini mulalah pemakan dedaknya berkokok mengaitkan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga diminta bercuti bila dana RM 2.6 billion memuncak.

Sedangkan yang mereka tak sedar dana RM 2.6 billion itu tidak ada kaitan langsung dengan wang rakyat.

Sunday, March 20, 2016

Sial Guan Eng Menimpa Selepas Kerjasama Dengan Mahathir


Di alam realiti, memang seseorang hanya layak dianggap bersalah selepas Mahkamah menjatuhkan hukuman, itupun kena tunggu semua Mahkamah dulu sebab proses rayuan dan sebagainya.

Sementara di alam maya ini, kita pakai logik saja nak anggao seseorang itu bersalah atau tidak, orang lain nak ikut, ikut, taknak ikut sudah.  Lagipun alam maya bukan Mahkamah, takde merit apa yang perlu difikirkan.

Begitulah kisahnya dalam soal Guan Eng yang kini menjadi tumpuan media dek skandal banglownya. Menariknya, orang lain dalam dunia bangga rumah paling mahal, kena Guan Eng, bakal masuk penjara sebab rumah terlalu murah.

Penulis yakin pengakhirannya begitu (masuk penjara) sebab 'dahuluan' kes ini sudah ada - dalam kes membabitkan Khir Toyo. Cuma ketika kena, Khir Toyo tidak pegang apa jawatan sedangkan Guan Eng sekarang bergelar Ketua Menteri Pulau Pinang.

Friday, March 18, 2016

Masalah Dengan Muhyiddin Ni, Depan Cakap Lain, Belakang Cerita Lain


Bila tersebar satu rakaman mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dimana Muhyiddin Yassin mengakui tahu kewujudan konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan dalam masa yang sama mengakui tugas Presiden untuk mendapatkan dana bagi parti, fahamlah kita kenapa Perdana Menteri sukar nak berurusan dengan orang macam ini.

Depan dia cakap lain, belakang dia cakap lain, depan dia cakap faham, tahu, tak kisah dan sebagainya tapi dibelakang dia bercakap seolah-olah menerima dana seumpama itu adalah satu jenayah!!

Menarik tentang rakaman tersebut, Muhyiddin mengaku tidak terlibat dengan konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, tapi baru saja beberapa Jumaat yang lepas Muhyiddin menandatangani Deklarasi Mahathir-Kit Siang yang bertujuan 100% untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Jadi, mana satu yang betul, terlibat atau tidak terlibat?

Apa sekalipun, ini bukti orang macam Muhyiddin memang tak layak untuk UMNO dan semua tindakan yang dikenakan ke atasnya setakat ini terbukti satu keputusan yang betul.

Wednesday, March 16, 2016

Deklarasi Mahathir-Kit Siang: Haru Biru Dah Jadi Celaru


Untuk seorang yang kononnya hebat dan ada cara tersendiri (MyWay), dituduh menggunakan skrip orang (bahasa lain jadi alat orang lain) dalam gerakan yang dia ketuai dan lancarkan sendiri, memang satu keadaan yang amat memalukan.

Rakyat dok ingat gerakan itu gerakan dia, dialah kepalanya, apa sekali rupanya hanya ikut telunjuk orang lain - dia tukang baca saja.  Come on lah, cakap bukan main gah nak jatuh Perdana Menteri, rupanya hanya ikut skrip, yang puak Anwar sediakan pulak tu.

Sekarang kita tahulah kenapa pembangkang beria-ia.  Deklarasi Mahathir-Kit Siang ini memang agenda mereka, bukan agenda Mahathir.  Mahathir tidak ada kemampuan untuk jatuhkan Perdana Menteri, macam-macam cara dia guna dah, semua gagal, Najib (Datuk Seri) lebih bijak dari dia, taknak mengaku saja.

Ikutan, lebih baik lagi kalau Mahathir melawan Najib dari dalam UMNO, itu lebih berkesan kerana musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, adalah 100 kali bahaya dari musuh luar selimut tapi pasal ikut sangat emosi, tak pasal kena tipu hidup-hidup dengan pembangkang.