Wednesday, September 30, 2015

Kapsul: Dimana Ada Mahathir, Disitu Ada Ketidaklakuan


Kita tak tahu apa yang ada dalam kepala penerbit filem Kapsul ini sehinggakan dia rasa kehadiran Mahathir dalam filem itu mampu menarik jutaan orang (dalam masa yang sama jutaan ringgit) melihat filem tersebut,

Tidakkah mereka tahu bahawa Mahathir adalah lambang ketidaklakuan, dimana dia ada mempromosikan sesuatu barangan, hampir pasti barangan atau apa pun bendanya itu (filem ke apa patut) tidak akan laku.

Lihar saja dalam promosi kereta Proton Iriz,  Mahathir cuba menunjukkan kedewaannya dengan kononnya menjimatkan hampir RM 1 juta dari belanja promosi apabila dia sendiri mengambil alih sebahagian kempen promosi kenderaan tersebut.

Mahathir cuba mengatakan bahawa dengan meletakkan dirinya saja bawa kereta itu untuk beberapa minggu atau bulan, jualan kenderaan tersebut akan meningkat dengan mendadaknya.  Ternyata tak pergi mana pun, Iriz masih tidaknya laku berbanding model yang seangkatan dengannya keluaran Perodua, Axia,

Tuesday, September 29, 2015

Cukup-Cukuplah Mahathir Bodohkan Rakyat


Tun Mahathir Mohamad dilihat semakin membosankan didalam isu serangan terhadap Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak. Tulisan di blognya juga semakin terpesong dari arah tujuan yang sebenar sebelum ini iaitu kononnya mahu membela nasib rakyat.

Agenda, Konspirasi Untuk Menjatuhkan Kerajaan Melayu Islam


Saya mahu memberikan tumpuan kepada gerakan gerakan agenda tersirat yang terancang untuk menjatuhkan Perdana Menteri  Dato Seri Najib Razak yang dilakukan  dengan penuh terperinci dari pelbagai sudut.

Kalau Tiada Najib, Mahathir Mungkin 6 Tahun Sahaja Jadi PM


Dalam keadaan politik umat Islam  di seluruh dunia tidak menentu pada hari ini, kita dikejutkan pula dengan kritikan terbuka yang dibuat oleh Ayahanda Tun Mahathir terhadap Perdana Menteri Malaysia.

Proton Dibawah Mahathir Masih Merengek Macam Budak


Mahathir ni betul-betul bagi malu bangsa tau, dah 30 tahun Proton beroperasi, masih mahu bergantung kepada kerajaan untuk berkembang.  Ini bagi mengulas kenyataan Mahathir baru-baru ini yang menyalahkan kerajaan kerana tidak membantu Proton.

Sedangkan dalam masa yang sama, kita ada syarikat kereta seperti Perodua dan Naza yang diiktiraf sebagai kenderaan nasional tapi tidak pulak merengek-rengek seperti Proton yang kini dipengerusikan Mahathir.

Kenapa Mahathir tidak mahu ulas tentang kejayaan Perodua?  Perodua 10 tahun lebih muda daripada Proton tapi menguasai hampir 40% jualan kenderaan dalam negara, sedangkan Proton masih terkial-kial nak naik.

Model barunya Proton Iriz, tidak mendapat sambutan seperti mana model Axia ysng dikeluarkan Perodua sekalipun Mahathir terkial-kial memperomosikan kenderaan itu, masih tidak laku.  Apa silapnya disitu, kerajaan ke?  Kalau kerajaan, kenapa Axia laku?

Monday, September 28, 2015

Mokhzani Miliki 18 Kereta Mewah Bernilai Lebih RM36 juta, Apa Kata Mahathir?


Anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Mokhzani didakwa memiliki kekayaan luar biasa dalam tempoh singkat sehingga mampu memiliki koleksi kereta bernilai RM36.2 juta.

Selain itu Mokhzani, anak kedua Dr Mahathir turut dilaporkan memiliki 18 koleksi kereta pelbagai jenama.

Kerosakan Dan Impian Karut Mahathir Terhadap Negara


Baik BERSIH 1 hinggalah ke BERSIH 4, walaupun mereka bertopengkan matlamat membersihkan sistem pilihanraya, kebebasan sistem kehakiman, penggunaan dakwat kekal dan pelbagai alasan bodoh lain, rata-rata rakyat Malaysia sedar bahawa BERSIH hanyalah alat pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO iaitu Parti Melayu terbesar negara ini.