Thursday, April 30, 2015

Mahathir Rupanya Setaraf Rani Kulop


Dari segi merapu, Mahathir kini setaraf dengan Abd Rani Kulop, Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) yang bukan sahaja terkenal dengan 'raja' laporan polis, tapi juga dengan entah apa yang ditulis dalam fan pagenya yang kini melebihi 60 ribu likers.

Sama seperti Mahathir, sokongan Rani Kulop terhadap UMNO juga tidak dapat dipastikan dengan tepat.  Nak kata dia sokong UMNO, dia troll UMNO banyak dalam fan pagenya, nak kata dia sokong Pakatan, dalam banyak kejadian, nampak dia tidak pro kepada Pakatan, terutama Anwar Ibrahim.

Politik yang penulis tahu (belajar dari Mahathir juga dulu) mana ada  banyak pilihan, 2 saja, sokong atau tidak.  

Kelompok atas pagar bukan sebahagian dari politik kerana mereka tidak berpihak.  Kedua-dua orang ini, Mahathir dan Rani Kulop selamat untuk dikatakan SETARAF dari sudut itu, sokong UMNO tapi lagak di media sosial macam nak tengok UMNO kalah dalam PRU14.

Wednesday, April 29, 2015

Sejak Bila Mahathir Jadi Penilai Hartanah Bertauliah?


Di kalangan penyembah Mahathir kini, mula bertanyakan tentang dakwaan orang tua itu Sabtu minggu lepas  bahawa kerajaan menjual tanah di Sungai Besi pada kadar RM 90 sekaki persegi berbanding nilai sebenarnya RM 2000 sekaki persegi kepada 1MDB.

Sudah tentulah dakwaan ini hanya dalam bentuk air liur sahaja, tidak ada dokumen atau apa bahan bukti yang lain dikemukakan.  Ini boleh dilakukan kerana penyokong Mahathir sama seperti penyokong Anwar juga, terima tanpa bantah cakap pemimpin, tak perlu bukti sama sekali.

Lagipun sejak bila yang Mahathir ini jadi jurunilai hartanah bertauliah sehingga dia dengan yakin mengatakan tanah yang nak dibuat Bandar Malaysia itu sepatutnya bernilai RM 2000 sekaki persegi?  Mahathir doktor, bukan penilai hartanah.

Wah, kalau semua benda pun dia boleh dan kelihatan hebat, tak layak Mahathir ni dipanggil manusia.  Patut panggil dewa atau apa yang setaraf macam itu dan sememangnya penyokong Mahathir dah nampak dia tu macam manusia yang patut disembah pun.

Tuesday, April 28, 2015

Mahathir Ibarat Meludah Ke Langit



 1.Program bicara negara Tun Mahathir pada mula disangkakan satu program untuk memperjuangkan kepentingan negara seperti mana yang dilaungkan beliau sejak awal tahum ini. Kita semua menyangka Tun Mahathir akan memperkatakan tentang dasar pentadbiran PM Najib Razak lebih jelas dengan pembuktian yang lebih kukuh susulan daripada beberapa dakwaan di dalam artikel di blog beliau.

Di antaranya pembuktian berkaitan RM 27 billion yang dikatakan lesap entah kemana setelah beliau membuat perkiraan sendiri bagaimana RM 42 billion yang dipinjam 1MDB digunakan.


Daim Bawa Lari Saham RM800 Juta Milik Umno



Dalam perhimpunan agung UMNO dia diberi jolokan ,"PM paling agung,juru cakap Dunia Ketiga,pemimpin yang menjadi contoh kepada dunia,arkitek pemodenan Malaysia" dan macam-macam lagi yang kita dengar sehingga pak cik makcik  yang tahu toreh getah dan tanam padi pun naik bangga.

Ketika Anwar Ibrahim membuat keputusan mahu menyiasat kes Perwaja,termasuk Eric Chia ,membuat beberapa orang terasa gerun antaranya Mahathir sendiri kerana pada masa itu dialah baju besi Eric Chia.

Hampir RM100 Billion Lesap Di Bawah Pentadbiran Mahathir



Najib Razak, sebagai Perdana Menteri Malaysia kini sedang dikepung oleh bekas orang kuat Umno, Dr Mahathir Mohamad dalam usaha untuk menggulingkan beliau daripada jawatannya.

Mahathir menegaskan kemelut 1MDB, cukai tidak popular Cukai Barangan dan Perkhidmatan, BR1M, jambatan bengkok yang belum dibina ke Singapura adalah semua kegagalan pentadbiran Najib serta senarai panjang aduan terhadap kerajaan BN sekarang.


Monday, April 27, 2015

RM42B Kepada RM 27B, Sekarang Dah Jadi RM 42B Semula - Sah Gila


Mungkin ada sebab kenapa Tuhan jadikan Mahathir seorang doktor, bukan Hakim kerana dia terbukti gagal dari segi menjalankan keadilan seperti yang dituntut agama.

Dalam soal 1MDB 'menggelapkan' wang negara ini sahaja, sudah Mahathir beberapa kali menukar zikir angkanya.  Dari yang bertajuk RM 42 billion, kepada RM 27 billion dan Sabtu lepas Mahathir kembali kepada angkaRM 42 billion.

Setiap kali angka itu berubah, setiap kali itu juga wirid orang-orang yang mengangkatnya bak dewa, ikut bertukar mengikut angka baru yang disebutkan Mahathir.  Bukti, fakta, dokumen, tak payahlah, apa cakap Mahathir saja.

Mahathir Dari Muda Sampai Tua Jadi Hamba Kroninya


Sebetulnya tidak ada alasan lain kenapa Mahathir menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu-isu seperti 1MDB dan Jambatan Bengkok melainkan alasan bisnes untuk menyelamatkan kroni-kroninya semata-mata.

Bukti, 1MDB diserang Mahathir kerana ia dilihat menganggu bisnes kroni Mahathir, YTL dan Anandha dalam bidang pengeluaran tenaga elektrik (IPP) - perniagaan lumayan yang dicipta pada zaman Mahathir melalui kontrak jangka panjang antara TNB dengan semua syarikat terbabit.

Pengambil alihan syarikat seperti Jimah Power, Tanjung dan sebagainya oleh 1MDB, pada masa hadapan mampu mengawal beban rakyat dalam membayar kos eletrik dan mengelakkan manipulasi oleh syarikat-syarikat ini kerana mereka hanya berpaksi kepada keuntungan semata-mata.

Berbanding dengan 1MDB yang dimiliki kerajaan.  Sebagai syarikat kerajaan, 1MDB sudah tentu mengambil kira kepentingan nasional dalam apa juga keputusan perniagaan yang dibuatnya.