Friday, January 30, 2015

Bagaimana Perodua Boleh Maju Tanpa Mahathir?


Menurut seorang pemerhati politik yang enggan namanya dikenali, beliau berpendapat punca sebenar kenapa Tun Mahathir menyerang keputusan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak menubuhkan 1MDB, adalah kerana Proton.

Proton, projek kereta nasional yang dimulakan dibawah pentadbiran Mahathir dulu dan menjadi kebanggaannya sehingga sekarang, dikatakan menghadapi masalah kewangan dan memerlukan suntingan dana dari kerajaan sebanyak RM 1.5 billion, menurut pemerhati berkenaan

Dikatakan, kerajaan dibawah pimpinan Najib enggan membantu Proton sebab tak adil kepada syarikat-syarikat swasta lain yang setaraf Proton, nanti kalau mereka juga minta duit dari kerajaan, apa tinggal untuk rakyat? 

Tapi kerana dibawah pentadbiran Mahathir dulu Proton sentiasa berada dibawah perlindungan kerajaan, Mahathir tidak berpuas hati kerana beliau tahu kerajaan boleh membantu Proton kalau mahu.  

Thursday, January 29, 2015

Kalau Audit Luar Baik, Kewangan 1MDB Tak Patut Dipersoal


Cadangan seorang bekas Perdana Menteri nak membawa pihak ketiga (firma audit luar) untuk mengaudit akaun kerajaan ini, kononnya nak meningkatkan ketelusan, dari satu sudut memang baik, tapi dari satu sudut lain, tapi dari banyak sudut yang lain, banyak lagi tak baik.

Ia boleh menjurus kepada pendedahan maklumat perbelanjaan kerajaan kepada pihak luar, yang kemudiannya boleh dijadikan isu untuk menghentam kerajaan semula.

Adalah sebab kenapa sejak dari merdeka, kerajaan ini tidak membuka perincian kewangannya kepada pihak ketiga kerana perbelanjaan kerajaan tak sama macam perbelanjaan individu atau syarikat.

Termasuk ketika bekas Perdana Menteri berkenaan masih berkhidmat lagipun.  Nak kata sepanjang 22 tahun dia memerintah negara ini miskin, tak juga. Dekad 90-an (sebelum krisis ekonomi 1997), negara kita mewah, KDNK lebih 8% beberapa tahun berturut-turut.

Wednesday, January 28, 2015

Campur Tangan Daim, Setakat Mana Rakyat Bersetuju?


Banyak diperkatakan orang tentang 'teguran' bekas-bekas pemimpin negara seperti Daim terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.  Yang jadi persoalan sekarang, kenapa ia dipanggil 'teguran', bukan campur tangan?

Teguran bermaksud, yang kena tegur ada hak menerima teguran itu atau tidak, tapi campur tangan, kalau tak ikut, siaplah kena kritik memanjang, dan inilah yang terjadi sekarang.

Bila permintaan Daim banyak tak dipenuhi Perdana Menteri, maka dia menubuhkan kumpulan penulis upahan (BUTUD) untuk menyerang pentadbiran Najib.  Jumlahnya tak ramai, Kadir Jasin, Gunalan, Syed Akhbar Ali dan sesekali Zam Maidin tapi bila dibantu akhbar batu api, Sinar Harian, nampaklah macam besar.

Nak bagi panas keadaan, nama Tun Mahathir dibabitkan sekali, sedangkan Najib tidak ada masalah langsung dengan Mahathir atau Mukhriz dah kena buang dari jadi Menteri Besar Kedah.  Najib pun tak ada masalah dengan Daim, tapi Daim sahaja yang cari masalah dengan Najib kerana kepentingan perniagaannya terjejas.

Tuesday, January 27, 2015

Kenyataan Shahidan Atau Rumusan Editorial Sinar Harian?



Tak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim bila beliau dipetik sebagai meminta Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Mahathir berdamai.

Persoalannya, bila mereka berdua bergaduh?

Tambah tidak faham bila baca keseluruhan artikel dibawah, tak satu pun yang membawa maksud Shahidan berkata Najib dan Mahathir bergaduh.

Jadi siapa yang sebenarnya nak rakyat nampak seakan Najib dan Mahathir bergaduh, Shahidan atau Sinar Harian?

Kalau tak faham isu, lebih baik jangan jadi pelaga.  Nak untung jual suratkhabar pun bukan dengan cara macam itu, melagakan orang.

Apakah bila Daim menubuhkan pasukan kecil untuk menyerang karekter Najib, itu dimaksudkan sebagai Mahathir turut terlibat sama bergaduh dengan Najib?

Kisah Dongeng Penting Untuk Ganti Apa Yang Nik Aziz Tak Ada


Pelbagai cerita dongeng disebarkan mengenai kejadian luarbiasa yang berlaku ke atas Nik Aziz semasa sakit sekarang, sekadar menunjukkan bahawa sepanjang masa ini, Nik Aziz ada lebih ramai pentaksub dari orang yang betul admire dengan kerjanya ketika menjadi Menteri Besar Kelantan dulu dan Mursyidul Am PAS sekarang.

Lumrah bila bercakap tentang pencapaian seorang Menteri Besar, kita tak kata berapa kali dan dalam keadaan apa dia sembahyang, tapi sumbangannya kepada pembangunan negeri dan yang berkaitan selama berkuasa.

Bukan kata sembahyang tak penting, penting, tapi dalam konteks seorang Menteri Besar kita cerita ni, bukan nak cari calon menantu.

Tapi dalam itu pun, penulis kagum dengan pentaksub Nik Aziz yang bersungguh percaya walaupun 'asas' kepada kepercayaan itu nampak terlalu longgar - hanya audio bunyi orang bercakap sahaja.

Sekali imbas, perbandingan ini mungkin nampak tak berkaitan tapi bandingkan satu kes dimana seorang pemuda mendakwa diliwat oleh Anwar, DNA dijumpai 4cm dalam salur rektum pemuda berkenaan dan sebagainya tapi tidak ada dikalangan macai yang nak percaya dan kata itu fitnah.

Ditanya, dia kata benda tak nampak, maka itu tak boleh percaya.

Sebaliknya bila seorang sepupu Nik Aziz keluar rakaman audio dalam Youtube, mendakwa tentang segala 'keluarbiasaan' yang kononnya berlaku kepada Nik Aziz, para pentaksubnya menerima dakwaan itu tanpa ada dakwa dakwi sama sekali.

Monday, January 26, 2015

Apa Pun Keputusan Perbicaraan Anwar Nanti, Tidak Ada Kena Mengena Dengan PM


Penyokong-penyokong puak yang tengah-tengah tu sudah main gendang kata akan ada kompromi dicapai antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan ketua pembangkang Anwar Ibrahim agar Anwar dilepaskan dari hukuman penjara untuk menyerang Tun Mahathir dan Tun Daim.

Ini setelah ada ura-ura Anwar akan dibebaskan 10 Februari nanti (bila keputusan disampaikan), entah rujuk dari mana, kita pun tak pasti.

Ura-ura sama pernah disebut-sebut bila Anwar bebas kali pertama tahun 2004 dulu, cuma komprominya pada waktu itu ialah agar Anwar tidak ganggu pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sejauh mana benarnya dakwaan itu, kita tidak pasti tapi yang nyata sememangnya Anwar tidak ganggu Abdullah, sehingga dia nak meletakkan jawatan pada tahun 2008 pun, Anwar cadang untuk kemukakan usul percaya terhadap pentadbiran Abdullah di Parlimen.

Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, pembangkang kemuka usul untuk Perdana Menteri dari UMNO/Barisan Nasional kekal dalam jawatannya.

Saturday, January 24, 2015

Demokrasi Hanya Kalau Kritik Najib, Kritik Daim Itu Cerita Lain?


Dalam temuramah dengan China Press seperti di petik Sinar Harian semalam, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainudin antara lain berkata, Tun Mahathir, bekas Perdana Menteri, berhak mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ini negara demokrasi.

Betullah tu, kita terima.

Yang anehnya, kenyataan ini keluar dari mulut orang yang baru sahaja ni yang seakan memberi amaran kepada media arus perdana seperti Utusan, NST, TV3 dan Bernama kerana mengkritiknya - termasuk menggunakan orang macam Kadir Jasin untuk menghentam pengkritiknya di media sosial.

Soalannya sekarang, dah mana hilang demokrasi?

Apakah kalau kritik Najib sahaja demokrasi, tapi kalau kritik Daim itu tak demokrasi?  Ini falsafah politik mana, ke falsampah?

Kenapa penulis lihat perkara ini sama bodoh macam bila Najib saman Malaysiakini, itu dikatakan menyekat kebebasan media tapi bila Anwar saman Utusan, itu dikatakan hak dia disisi undang-undang untuk saman sesiapa saja yang dia mahu.

Dalam bahasa slangnyanya, "lu buat salah, gua buat ok".  Rendah macam itu ke taraf Daim?