Friday, December 4, 2015

Muhyiddin Kalau Berani Tunjuk Muka PAU Nanti, Memang 'Hebat'lah!!


Isu 1MDB ini nampaknya semakin selesai.  Pengurangan hutang sebanyak RM 18 billion hasil penjualan Edra baru-baru ni membuktikan bahawa duit RM 42 billion yang dikatakan hilang tu sebenarnya wujud, ada asetnya, ada nilainya.

Mahathir pun dah mengaku dia buat andaian saja duit tu hilang, bukan ada bukti sama sekali.

Isu duit RM 2.6 billion itu pun dah semakin hampir selesai.  Penjelasan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi di Parlimen semalam menjelaskan bahawa wang itu bukanlah rasuah tapi derma untuk tujuan dana politik.

Bila bukan rasuah, takde la sudah isu sebab takde kesalahan dilakukan disitu.  

Pembangkang mesti dah buat aduan kalau Zahid menipu, tapi sebab dah dijelaskan dengan fakta-faktanya sekali, maka tak nampak dimana masalahnya lagi dah.  Tunggu sajalah siasatan SPRM hujung bulan ni selesai.

Dengan semua itu, kalau Muhyiddin Yassin berani juga lagi tunjuk muka Perhimpunan Agung UMNO yang akan datang, dia memang 'hebat' lah.  Hebat dari segi macam mana?  Sanggup ambil risiko hilang jawatan hanya untuk tahu bahawa punca kepada semua itu hanyalah satu andaian.

Lepas tu selamba jumpa orang macam tidak ada apa-apa yang salah.  Tak hairan tinggal 5 ketua cawangan saja yang sokong dia sekarang.

Nak jelas apa dengan ahli ahli UMNO, saya bodoh suka dengar cakap orang tanpa usul periksa. macam tu?

2 comments:

  1. SMDTG saya rasa lah anda adalah seorang penjilat tegar.Orang macam anda lah yang Allah katakan sebagai MUNAFIK yang kuat dalam Quran.Semua rakyat Malaysia tak kira bangsa dan kaum tahu apa yang sebenarnya berlaku dinegara ini mengenai isu 1MDB.Kita jangan lah jadi BANGANG sangat kerana nak mengampu atau mendapat sesuatu.

    ReplyDelete
  2. jangan lancang tangan menuduh smdtg sebagai munafik kerana anda sendiri pun tak berapa pasti duduk perkara sebenarnya tentang 1mdb ni.....boleh dengar dan boleh baca namun apa yang dipaparkan bukan yang sebenarnya ...tunggu dan bersabar kerana anda nampaknya "orang beragama"......tak rugi bersabar kerana disitulah letaknya nilai beragama.

    ReplyDelete