Wednesday, December 16, 2015

Kalau Nak Kira Kos, Switzerland Akan Jadi Negara Kosong Tanpa Manusia


Kenaikan tambang pengangkutan awam baru-baru ini menjadi modal terbaru pembangkang untuk menyerang kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.  Seolah-olahnya menyeksakan sungguh duduk di negara ini dan kalau Muhyiddin mengambil alih, segalanya akan jadi baik.

Hakikatnya, kita bukanlah antara negara dengan kos hidup paling tinggi untuk didiami di dunia ini.

Menurut banyak kajian yang dibuat, setakat 2015, negara paling tinggi kos hidupnya adalah Switzerland dengan Indeks Harga Penggunanya (CPI) mencecah 124.51 mata.

Sebagai perbandingan, CPI di Malaysia hanyalah 41.72.

Sungguh pun begitu, Switzerland bukanlah negara yang tidak ada penghuni.  Statistik menunjukkan hampir 8 juta orang menduduki negara tersebut pada tahun 2015 - tak hairan kenapa negara itu tidak seramai Malaysia (30 juta) kerana kos kehidupannya terlalu tinggi.

Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada.  Muhyiddin sekalipun tidak akan mampu menjadikan Malaysia sebagai negara yang murah kos hidupnya kerana kerajaan hari ini dan di masa depan, masih dibelenggu dengan pelbagai konsesi berat sebelah era Mahathir.

Apa yang Najib lakukan setakat ini, Rb1M, diskaun tambang dan sebagainya, sudah dikira cukup baik dengan situasi ekonomi dunia hari ini, nak baik macam mana lagi?

No comments:

Post a Comment