Thursday, December 10, 2015

Mahathir & Muhyiddin Akan Keluar Dewan Masa Najib Berucap


Hari ini di PWTC, situasinya dijangka panas atas 2 perkara.  Pertama, setelah keputusan MT malam tadi melarang Muhyiddin dari buat ucapan pengulungan dan kedua, kehadiran Mahathir ke mesyuarat tersebut.

Mahathir datang, Paklah tak datang, Paklah datang, Mahathir tak datang - macam itulah bencinya, tapi penulis tak salahkan Paklah, memang apa yang Mahathir buat kepadanya tu dahsyat.

Jadi memang boleh jangka panaslah.

Ada maklumat mengatakan, Mahathir datang ni semata-mata nak buat kecoh dan malukan Najib.  Dikatakan, tengah-tengah Najib berucap tu nanti, Mahathir dan Muhyiddin akan serentak meninggalkan mesyuarat sebab panas hati dengar apa Najib nak cakap.

Keputusan Najib malam tadi hanya tidak membenarkan Muhyiddin membuat ucapan pengulungan ta[pi tidak memecatnya, diibaratkan sama seperti isteri yang curang, tapi suami taknak ceraikan sebaliknya cari satu lagi perempuan lain dan kahwin.

Lebih kurang macam itulah cara Najib kenakan Muhyiddin semula, mana tak pedih hati ye tak?  Tapi orang putih kata, you deserve right Muhyiddin.

No comments:

Post a Comment