Thursday, December 17, 2015

Justo Mengaku Jumpa Pegawai Khas Mahathir



Ramai yang marah dan tidak percaya dengan pendedahan berhubung penglibatan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir dalam isu 1MDB suatu ketika dahulu.

Malah ada yang mendakwa ia merupakan tuduhan yang jahat untuk menburuk nama dan imej Mahathir sebagai negarawan.



Namun hasil pertemuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pencuri maklumat PetroSaudi itu baru-baru ini, Xavier Andre Justo akhirnya mengaku berjumpa warga Malaysia sebelum dia di tangkap atas tuduhan peras ugut dan menyebarkan maklumt palsu bekas majikannya.

Antara nama yang disebut oleh Justo termasuk bekas pegawai khas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Sufi Yusof dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Selain daripada itu turut disebut mereka yang pernah mengadakan pertemuan sulit dengannya ialah bekas Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan Datuk Seri Khairudin Abu Hassan; Peguam, Mathias Chang; dan pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong.

Nama itu diberikan Justo ketika ditemubual Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Penyiasatan-Undang-undang) Bukit Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh di Penjara Bangkok, dua hari lalu.

Menurut sumber Sufi telah beberapa kali melawat Thailand sejak tahun lepas bagi mengadakan pertemuan sulit Justo.

Malah ada yang mendakwa Sufi adalah antara individu yang terlibat meminda dan memalsukan dokumen-dokumen 1MDB yang disebarkan tidak beberapa lama dahulu.

Ini berdasarkan keterangan peguam Justo yang mendakwa anak guamnya itu hanya mencuri dokumen tersebut.

Manakala pemalsuan dan pindaan terhadap dokumen tersebut dilakukan oleh pihak ketiga.

Persoalannya mengapakah sehingga kini PDRM masih lagi belum memanggil Sufi memberikan keterangan berhubung penglibatan dalam skandal 1MDB?

Kesimpulannya sekiranya Mahathir benar-benar ikhlas mahu melihat isu 1MDB diselesaikan dengan segera, dia seharusnya berani untuk bertanggungjawab dan mengesa pegawai khasnya itu tampil untuk memberikan keterangan.

No comments:

Post a Comment