Sunday, December 27, 2015

ERL: Ku Sangka Kan Rosmah, Rupanya Hasmah



Mengikut dokumen Perjanjian ERL yang ditandatangani dengan kerajaan pada 1997 seperti didedahkan portal Malaysia Today, terdapat nama Dato Hj Mohamad Razali Mohd Ali tertera pada dokumen perjanjian itu, menjawat jawaran sebagai Pengerusi Eksekutif YTL.

Siapa Mohamad Razali Mohd Ali ini?

Menurut sumber, dia adalah ipar kepada Mahathir, adik kepada Siti Hasmah Mohd Ali dan juga bekas Menteri Besar Selangor yang dilantik Mahathir pada tahun 1985.

Jika ini benar, bermaksud Mahathir menggunakan proksi untuk membina kekayaan bagi dirinya dan kerabat Siti Hasmahlah yang beruntung sebab menjadi pilihan utama jika membabitkan projek-projek kerajaan, terutama konsesi.

Maka selamatlah dikatakan disini bahawa YTL bukan sahaja kroni Mahathir, silap-silap ia adalah kepunyaan Mahathir - menggunakan proksi.  Proksi dan Mahathir bukan asing, ketika menjadi Presiden UMNO pun Mahathir mengawal berbilion wang UMNO dengan menggunakan proksi.

Ini diakuinya sendiri dala coretan di blognya sendiri pada Ogos 2015 - bila dia mengarahkan 2 orang pegawainya bernama Nor Mohamad Yaakub dan Nordin Bachik untuk menyerahkan berbilion wang dan harta UMNO kepada Paklah pada tahun 2003 bila jawatan Presiden UMNO bertukar tangan.

Kita kenal siapa Nor Mohamad Yaakup tapi siapa dia Nordin Bachik?  Itulah dia proksi Mahathir yang dikawalnya. Samalah dalam halnya dengan perjanjian dengan YTL ini, cuma kali ini adik iparnya sendiri.

Jadi sementara isteri Najib, Rosmah Mansor dituduh macam-macam menghabiskan duit negara, ia adalah Siti Hasmah sebenarnya dimana semua kelebihan dan kekayaan diperoleh semasa Mahathir berkuasa.


No comments:

Post a Comment