Mahathir cukup sakit hati bila matanya sendiri melihat bagaimana perwakilan UMNO dalam PAU 2015 masih memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Lebih pedih lagi bila Najib dengan selamba badak saja mengutuk Mahathir dan kuncu-kuncunya di atas pentas utama, Muhyiddin dan Shafie dalam ucapan dasarnya.
Ini adalah sesuatu yang tidak dijangka Mahathir. Menurut sumber terdekatnya, Mahathir menyatakan rasa menyesal kerana menyertai Perhimpunan kali ini akibat dikutuk Najib (secara tidak langsung) secara berdepan.
Maka tidak hairanlah kenapa Mahathir begitu berang. Dalam sidang media kilatnya sebaik ucapan Najib selesai, dari banyak banyak perkara yang Najib sentuh, satu atau dua saja yang Mahathir pilih untuk ulas, salah satunya ialah konon Najib mengambil jasa UMNO dan menjadikan miliknya.
Hakikatnya Najib tidak pernah berkata begitu, apa yang Najib rujuk ialah jasa UMNO.
Sekalipun kalau Najib mahu mendakwa itu jasanya, kenapa tidak? Dari segala segi beliau adalah layak untuk menerima pengiktirafan tersebut kerana sememangnya beliau banyak berjasa kepada rakyat Malaysia.
Bukankah tidak beberapa hari sebelum PAU 2015 berlangsung, Mahathir bercakap dalam satu majlis di Seremban bahawa sepanjang dia menjadi Perdana Menteri, banyak sekolah, jalan raya dan sebagainya dibina tapi Najib sebagai Perdana Menteri hanya mencipta hutang sebanyak RM 42 billion?
Semua itu jasa UMNO, bukan jasa Mahathir tapi kenapa Mahathir boleh? Cukup-cukuplah Mahathir, kenapa mesti nak terus memfitnah Najib.
Najib jawablah fitnah tu on the spot, jngn tangguh2 supaya fitnah x berlarutan.
ReplyDelete