Thursday, December 3, 2015

ERL: Kalau Ikut Mahathir, Tambang Patut Naik RM 29 Bukan RM 20


Dari mula buat projek macam ERL ni memang kerja gila.  Malah buat KLIA tu pun kerja gila juga, apa tak ada kawasan lain yang lebih dekat boleh dibuat lapangan terbang pada waktu tu, kenapa mesti jauh ke Sepang sana?

Bila buat jauh, dah tentulah kos nak sampai pun tinggi sebab soal jarak.  

Sebetulnya, ERL ni adalah cara Mahathir mempelbagaikan sumber kekayaan untuk kroni-kroninya.  Seperti yang kita tahu, projek ERL ini Mahathir anugerah konsesinya kepada YT tahun 1997, belum KLIA siap dan beroperasi pun.

YTL dengan Mahathir faham faham sajalah.

Menurut sumber dari Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD), YTL (sebut Mahathir), meminta kerajaan menaikkan tambang sebanyak RM 29 dari kadar sedia ada, RM 35 untuk perjalanan terus ke KL Sentral.

Kerajaan bagaimanapun hanya membenarkan RM 20 saja, itu yang jadi RM 55, kalau tak RM 64 kena bayar.  Begitu pun tak semua pengguna ERL kena banyar banyak tu kerana pilihan sentiasa ada, dalam ERL sendiri dan juga perkhidmatan pengangkutan awam yang lain macam bas, LRT, Komuter dan teksi.

Dalam ERL maksud, nak murah, gunalah perkhidmatan henti-henti, orang yang kelam kabut nak ke airport dan takut terlepas flight saja yang guna perkhidmatan ekspress ERL yang naik RM 20 tadi.  Kalau guna kad Touch N Go, ada lagi diskaun 20%.

Tapi kalau tertekan juga dengan kenaikan ni, maka makilah Mahathir sebab perjanjian konsesi ni dah wujud zaman dia, yang pergi maki kerajaan tu kenapa?

2 comments:

  1. zaman Mahathir dah lepas, kita generasi ini kena teruskan hidup kita dengan keadaan semasa, apa yang perlu kita minta kerajaan sedia ada, selalu fikirkan nasib rakyat jika berbuat sesuatu...kerajaan memegang amanah untuk rakyat, jadi utama kan rakyat dari krooni krooni...YTL ada kilang simen di perak...macam mana kilang ni boleh jadi hak YTL.. gunung pondok kat kilang tu pun dah habis separuh di tala kilang simen ni, kalau di lihat dari jalan lubuk merbau ke padang rengas baru Nampak..kalau jalan lama kuala kangsar ke taiping melalui padang rengas mungkin tak perasan...apa nak jadi..

    ReplyDelete
  2. Sebab itu jangan kutuk Najib,zaman Najib semua nya satu...satu Malaysia....satu kedai satu klinik..dan yang paling bagus Najib buat lebuhraya Pan Borneo tak ada tol.....tapi nak buat macam Najib jadi Pm lambat sangat..kalau tak mesti dia boleh buat erl pun percuma ...redha jelah

    ReplyDelete