Kata Mahathir, UMNO kini dah jadi parti Najib Razak. UMNO yang dia tubuhkan tahun 1988 dulu, (bukan 1946), dah tukar tangan. Bak kata balaci-balacinya, UMNO kini sudah jadi Najib Sdn Bhd.
Hari tu wartawan tanya nak keluar parti ke tidak, Mahathir jawab UMNO PARTI SAYA, NAK KELUAR BUAT APA?
Oh, UMNO parti dia, tak sampai beberapa lama lepas tu, UMNO dah jadi parti Najib pulak? Macam teruk sangat bunyinya kan?
Tapi sedarkan kita, Mahathir juga masih ahli UMNO yang dikatakan parti Najib tadi tu, dia belum keluar lagi.
Jadi apa sebenarnya nak Mahathir cakapkan ni bila dia kata UMNO dah jadi parti Najib tapi dia sendiri masih ahli UMNO?
/
Harap ada balaci-balacinya yang boleh tolong jelaskan atau ini satu lagi cara Mahathir bersinikal?
Sementara itu, selamatlah untuk dikatakan disini bahawa UMNO yang konon dipunyai Najib Razak ini, tidaklah seteruk mana sebab Mahathir masih ahlinya. Bukan Mahathir saja, balaci-balacinya seperti Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan lain-lain masih ahli UMNO.
Mereka semua ni masih seronok jadi ahli UMNO yang dikatakan sudah jadi milik Najib Razak tadi.
Kalau saya katakan kamu ni bangang tentang bahasa kamu marah.Jangan lah buat atikel yang nampakkan anda seorang yang bangang.Bahasa yang mudah pun tak faham.UMNO tu untuk semua ahlinya,tapi Pee Emm dan barua dia nak jadikan UMNO saperti dia yang punya.
ReplyDelete