Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid, mendakwa peserta Haji yang menerima tajaan Yayasan 1MDB adalah haram.
Kenyataan itu jelas memeranjatkan semua jemaah haji yang menerimaa tajaan sebelum ini, malah ada yang mengelengkan kepala dengan keyataan yang dikeluarkan itu.
Haji Misbun Maskom, salah seorang penerima tajaan haji pada tahun 2013 dari Negeri Sembilan berkata kesal dan kecewa dengan kenyataan politik yang tersebut.
"Inilah yang dinamakan 'politik menghalalkan cara', mereka sanggup dan tergamak untuk melakukan apa sahaja demi memenuhi nafsu kerana tamakkan kuasa.
"Jujur saya katakan saya amat kecewa dan sedih dengan kenyataan tersebut, hanya kerana dengki dan dendam kesumat mereka terhadap perdana menteri" katanya.
Sementera itu Haji Abdullah Isnin dari Johor berkata tindakan tersebut telah menyebabkan dirinya kecewa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Sebelum ini saya amat menghormati Tun Mahathir sebagai seorang negawaran, namun terus terang saya katakan tindakannya ini salah dan tidak betul.
"Kalau dahulu ketika dia memulakan gerakan menjatuhkan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) ramai yang menyokongnya namun ternyata dia masih tidak berpuasa hati dan sekarang ingin menjatuhkan Datuk Najib pula" katanya.
Menurut Abdullah, beliau akui Tun Mahathir mempunyai jasa namun sepanjang pemerintahnya tiada sebarang bantuan yang diberikan secara langsung kepada rakyat.
"Sebagai rakyat saya tidak pernah merasa sebarang sumbangan dan bantuan yang diberikan oleh Tun Mahathir ketika beliau berkuasa.
"Namun tak sampai 10 tahun Datuk Seri Najib memerintah, pelbagai nikmat dan bantaun telah diberikan dan antara budi baik beliau yang akan saya kenang sampai mati ialah memberikan tajaan kepada saya untuk menunaikan haji" katanya lagi.
Menurut Abudllah juga, beliau amat yakin kenyataan Sanusi yang mendakwa tajaan Haji oleh 1MBD itu dilakukan kerana Mahathir.
Sanusi ketika merasmikan persidangan PERKASA pada Ahad mendakwa tajaan haji hasil dari 1MDB adalah haram.
Kepada para haji yang ditaja 1 mdb....sesungguhnya kamu semua telah dijemput sebagai tetamu Allah....sekiranya ternyata duit tajaan itu haram..mustahil kamu semua dapat mengerjakan haji dengan selesa tanpa diberi musibah oleh Allah kerana...Tanah Suci Mekah adalah tanah haram jadi semua perbelanjaan utk mengerjakan haji mesti dari sumber yang halal...kalau tidak....nahas semua yang datang dari sumber haram...betul tak
ReplyDelete