Berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang lepas, musuh-nusuh politk Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya insaf bahawa Presiden ke-7 UMNO itu masih lagi kukuh pada kedudukannya dengan tidak ada siapa mampu mencabar lagi - setakat inilah.
Jadi yang dok kata Najib sudah semakin hilang sokongan tu, silalah jilat kembali ludah anda kerana terbukti UMNO masih kukuh di belakang Najib. Yang tak beberapa kerat cawangan UMNO nak Najib turun tu, ternyata satu drama yang dibuat buat.
Bukan betul-betul pun. Malah menurut maklumatnya, kalau diperhalusi satu persatu mereka yang terlibat, hanya seorang 2 sahaja yang benar-benar ketua cawangan, yang lain tu adalah pemegang jawatan lain dalam UMNO tersebut.
Tapi kena guna nama Ketua Cawangan jugaklah, baru nampak ada garang sikit.
Apa pun, gerakan itu terbukti gagal sehingga terpaksa wujud gerakan baru, 5M. 1MDB dan dana RM 2.6 billion orang dah tak sebut lagi dah, sekarang semua cerita hal tambang, itupun sebab 'jasa' 22 tahun Mahathir dulu.
Yang jadi bodohnya Muhyiddin, dek termakan sangat fitnah Mahathir tu. Najib terus kekal dan Muhyiddin langsung tak tinggal apa, main dengan cucu sajalah nampaknya.
No comments:
Post a Comment