Thursday, February 1, 2018

Dakwa Kenyataan Disalah Lapor, Bila Mukhriz Nak Saman Media?


Penafian Mukhriz mengenai kenyataannya malu mengaku rakyat Malaysia, sebaliknya mengaku rakyat Brunei bila berada di luar negara, tidak lebih dari air liur semata-mata.

Sebab, sehingga sekarang semua media yang melaporkan perkara itu, tidak menarik balik penerbitan itu dan Mukhriz pun sehingga kini, tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana media tersebut.

Paling tidak hantar surat lawyer suruh tarik balik, itupun takdak, jangan kata saman lagi.

Saman ini penting sebab itulah MO orang Pakatan sekarang - saman.  Orang putih cakap talk is cheap.  Mukhriz patut lebih tahu sebab dia antara yang dibelakang gerakan mendesak Najib saman semua media yang menuduhnya terlibat dalam 1MDB, terutama media antarabangsa.

Walaupun Najib tak mengambil tindakan itu kerana mereka tidak menuduhnya secara terus terang dan menyaman mereka hana akan menghabiskan wang tapi Mukhriz tidak peduli, tetap nak Najib saman.

Anehnya dalam kes ini, tak pulak Mukhriz saman, peliknya pulak tu.

Lagipun perkara ini begitu terang telah menjejaskan imej Mukhriz.  Macam-macam dikatakan netizen mengenai dirinya, sepertinya gambar di atas tu.  Termasuk pelbagai gelaran yang diberikan bagi menyesuaikan dengan "status kerakyatannya" sekarang

Awanglah, Pengeranlah, takkan tak rasa apa kot.

No comments:

Post a Comment