Tuesday, February 27, 2018

Najib Sentuh Kuda Mahathir Pulak Dah, Sensitf Tau


Nak kata seseorang itu hidup bermewah yang keterlaluan, tak cukup kalau setakat ambik satu-satu faktor dalam kehidupannya saja, kena ambik gaya hidupnya secara keseluruhan.

Orang pakai selipar Jepun dan singlet Pagoda tapi seminggu sekali pergi Paris, itu hidup kategori mewah.  Atau orang makan beras tempatan tapi dalam masa yang sama bela sampai 40 ekor kuda baka mahal dan makan entah gred mana punya dedak, itupun masuk kategori bermewah jugak.

Apatah lagi kalau bukan setakat ada 40 ekor kuda baka mahal tapi turut ada jet peribadi, koleksi kereta mahal, rumah mahal, anak kaya raya dan sebagainya.


Itu baru betul bermewah.

Setakat Najib makan Quinoa tu apa ada hal, sikit sangat pun selain hanya dimakan dirumah.  Rokok sekotak pun lagi mahal dari Quinoa ni tau, itupun bersepah orang yang mampu membelinya, tak pulak dikaitkan dengan kemewahan?

No comments:

Post a Comment