Semua orang tahu PPBM ialah parti paling banyak masalah. Dari mesyuarat tahunan yang melanggar perlembagaan sendiri sehingga berhadapan kemungkinan diharamkan RoS, semuanya masih gagal diselesaikan sehingga sekarang.
Hari-hari ada cerita ahli PPBM keluar parti atau membuat laporan atas pelbagai masaalah yang berlaku dalam parti tersebut.
Maka tidak hairan bila bekas Pengerusi SPR yang kini menjadi Naib Presiden PPBM cuba mengalih perhatian rakyat dari masalah parti tersebut dengan mencadangkan PAS dan UMNO bergabung.
Eh, dia ni siapa pulak nak bagi cadangan tu? Orang KL kata, lu sapa?
Kita faham, selain cuba mengalih perhatian rakyat dari masalah dalaman PPBM, cadangan itu juga membawa maksud PPBM akan kalah kalau PRU diadakan pada bila-bila masa dari sekarang sebab PAS akan memecah undi mereka.
Dari segi itu saja nampak sangat PPBM tidak akan berjaya mengalahkan UMNO dengan adanya PAS. Takat gebang besar Mahathir sajalah.
Lebh baik TS jaga urusan parti sendiri baik-baik supaya kasi betul. Bukannya menyibuk dengan hal parti lain samada mereka nak bergabung..bergaduh..atau bergabung semula.
ReplyDelete