Wednesday, February 7, 2018

Pakai Tanjak Nyanyi Lagu Mat Salleh Pulak (Bukan Lagu Melayu)


Motif Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin bertanjak berbaju Melayu apa bagai tapi menyanyikan lagu My Way dalam satu program parti Pribumi kelmarin, agak mengelirukan ramai orang - apa yang cuba disampaikan dari aksi tersebut?

Kalau dia nanyi lagu Pak Malau tu tahan jugaklah, lagu My Way?

Tak sedap tu satu hal lah tapi gaya bertanjak zaman-zaman ni (melainkan kahwin atau berlakon) dah macam perangai orang buang tebiat.  Dulu PAS bertanjak juga, teruk kena troll dek orang PAN yang mengatakan macam perbuatan orang gila.

Dah bila Mahathir pun buat benda yang sama, orang PAN yang berkenaan diam tak berkata apa.

Penulis bagaimanapun cenderung memilih berlakon.  Itu cara Mahathir berlakon menipu rakyat konon Pribumi ni parti Melayu tapi hakikatnya ia tidak langsung berminat dengan kaum tersebut, hanya nak menipu untuk mendapatkan undi.

Ketua Armadanya pun dah akui, lagi 2 penggal Pribumi akan jadi parti berbilang bangsa.  Itu yang Mahathir bertanjak apa segala tu kerana nak mempertahankan penipuan tu selagi ada.

No comments:

Post a Comment